Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 22, 2012

Pendedahan paling panas!!! Bilik Mesyuarat Pejabat SUK jadi bilik gerakan untuk serang Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah




DATUK RASLI PERKAKAS UMNO/BN

(PENDEDAHAN SIRI 2.0)

Oleh : MATA KCS

Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain.


Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar. Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disalurkan kepada UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13.

Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu.

Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan Program Kasih Sayang Perdana Menteri (KSPM), Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program KSPM adalah (1)mensabotaj program E-Sinar dan Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah (2) meraih sokongan rakyat miskin kepada Perdana Menteri dan UMNO/BN dalam PRU 13 (3) menghasut rakyat miskin bahawa kerajaan UMNO/BN sahaja yang mampu memberi bantuan di Kedah (4) membina hubungan dengan Perdana Menteri dengan harapan beberapa pegawai KCS akan menjadi calon UMNO/BN, sekaligus dilantik sebagai MB bila UMNO/BN menang PRU 13 (5) barangkali ada agenda peribadi untuk mengisi poket melalui peruntukkan yang diberikan.

Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman yang dipengerusikan oleh Datuk Adzmi Bin Din, CEO SADA. 

Di antara pegawai daerah dan pegawai tadbir negeri yang hadir ialah Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani, Nordin Bin Yahya dan Abdul Bari Bin Abdullah.

Melalui program KSPM tersebut, sejumlah dana disalurkan oleh Perdana Menteri terus kepada mereka yang berkenaan. Perbelanjaan ataupun penggunaan wang tersebut tidak perlu mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang biasa diamalkan. Difahamkan, wang yang disalurkan oleh Perdana Menteri berjumlah melebihi RM 400 ribu. Ke manakah wang itu dibelanjakan, bagaimanakah ia dibelanjakan tidak ada siapa yang tahu.

Ada pihak mengatakan, tidak mustahil wang tersebut akan masuk poket individu tertentu, sebahagian sahaja akan dibelanjakan untuk program KSPM.

Persoalannya ialah, adakah wang itu milik peribadi Perdana Menteri ? Jika bukan milik peribadi Najib Tun Razak, maka ia milik siapa ? Sekiranya wang tersebut adalah wang negara, mengapa ia tidak disalurkan melalui kerajaan negeri ? Bagaimana wang milik negara boleh disalurkan kepada pegawai tadbir negeri tidak mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan ?

Hubungan rapat Najib Tun Razak @ UMNO/BN dengan datuk Rasli serta kroni-kroninya umpama kentut dan tahi. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Datuk Rasli dan kroni seperti nama yang didedahkan adalah perkakas UMNO/BN yang berada di dalam kerajaan Kedah. Peranan mereka ialah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menghura-hara dan mensabotaj pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah.

Sesungguhnya, pengkhianatan datuk Rasli dan kroninya tidak boleh dimaafkan serta perlu ditentang habis-habisan. Kini bukan masanya buat pendukung Pakatan Rakyat  menoleh ke belakang atau menuding jari kepada mana-mana kepimpinan parti maupun kerajaan di atas kemelut yang berlaku. Kita perlu bersatu melanyak dan menyingkirkan Datuk Rasli dan kroni-kroninya.  

Percayalah, tindakan mereka adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi yang bersifat gila kuasa dan tamak harta benda serta mahu menjadi maharaja lela di Kedah. Pengkhianatan yang dilakukan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah keseluruhan  rakyat Kedah. 

Kalau selama ini, mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, amalan kronisme, tetapi sekarang ia sukar untuk menutupnya. Pengkhianatan mereka (Datuk Rasli dan kroninya) kepada kerajaan negeri Kedah mula terbongkar satu persatu. Di antara pihak membantu  membongkarkan pengkhianatan mereka ialah kakitangan di Wisma Darul Aman (KCS) sendiri yang sudah muak dan  meluat dengan tingkah laku mereka.

Umum tahu bahawa ramai pegawai tadbir (KCS) yang bukan kroni telah diinayai di bawah pentadbiran datuk Rasli. Ada pegawai tadbir negeri yang dihalangkan kenaikan pangkat, anak kesayangannya dinaik pangkat dengan cara memintas lebih 38 orang pegawai tadbir negeri yang lebih senior, ada kes pegawai tadbir negeri di tukar tempat kerja kerana tidak bersetuju menjadi alat konspirasi denganya dan macam-macam lagi. Pendek kata, sokongan pegawai tadbir negeri kepada Datuk Rasli sudah merudum iaitu tidak sampai 20 peratus.

Diberi tahu, jamuan makan malam anjuran Datuk Rasli kepada kontinjen KCS di Temasya Sukan di Kuala Terengganu telah diboikot.  Banyak makanan yang tidak habis dan kerusi kosong. Ia mesej jelas bahawa pegawai tadbir negeri (bukan kroni) datuk Rasli semakin berani menunjukkan sikap mereka. Ia adalah petanda baik buat sistem pentadbiran awam Kedah di masa depan. Harapan Datuk Rasli untuk mencucuk hidung pegawai tadbir negeri seperti kerbau tidak berjaya kecuali beberapa kerat (pegawai  tadbir negeri) yang bersedia menjadi budak suruhannya dengan harapan mendapat keistimewaan dalam pentadbiran.

Pekung jahat datuk Rasli yang semakin membusuk dan bernanah tidak boleh  dibendung lagi. Kekuatannya hanya bergantung kepada belas ehsan Al Sultan Negeri Kedah. Tanpa Al- Sultan Kedah, riwayatnya akan dikuburkan, bukan oleh ahli-ahli majlis tetapi pegawai tadbir negeri (KCS) sendiri. Namun, dipercayai  Al Sultan Kedah sudah mengetahui tentang hal ini, barangkali mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana isu ini akan berlaku.

Seorang pegawai (KCS) berkata, dia (Datuk Rasli) sepatutnya menjalankan tugas secara profesional….. pegawai kerajaan tidak boleh bertindak bagi pihak musuh parti memerintah kerana ia perbuatan mensabotaj dari dalam.

Katanya lagi, kalau dia nak berkonspirasi dengan parti (UMNO), elok letak jawatan dan bertanding dalam PRU 13. Lawan secara demokratik?”.

“Dia tunjukkan contoh tidak baik kepada orang bawahannya, kroni-kroninya yang masuk lokap (ditangkap) SPRM masih boleh duduk senang lenang. Tapi, jika KCS bukan kroninya, pasti dia kurung dalam peti ais atau kenakan tindakan tata tertib”, merungutnya lagi.

Hujahnya lagi, “pengamatnya datuk Rasli manusia pendendam, pentingkan kaum keluarga serta pandai menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya orang lain akan menjadi kambing hitam bagi pihaknya”.

Muda-mudahan pendedahan ini akan membuka mata rakyat Kedah dan pendukong Pakatan Rakyat bahawa tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah melanyak dan ingin mengusir Datuk Rasli dari pentadbiran negeri adalah tindakan tepat dan berasas.

Warta Darul Aman

Arkib