Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, October 5, 2012

Pemimpin wanita UMNO sorang ni boleh masuk Raja Lawak... Wharkhakhakakaaaaaaaaa



Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman bukan main kalut lagi apabila PKR beli bas yang disifatkan mereka sangat mewah. Harga bas tak sampai setengah juta dibeli oleh duit mereka sendiri Makcik Midah heboh satu dunia tapi isu lembu mewah RM230 juta yang diseleweng anak beranak bossnya Makcik Jat, dia buleh buat pekak badak!.

Aku ingat Makcik Midah ni ada bakat masuk Raja lawak... boleh kita pakat gelak gulin gulin. Wharrkhaakhakakakaaa....


Pergerakan Wanita Umno Malaysia hari ini memohon penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kenyataan beliau yang bercanggah tentang bas 'mewah' yang digunakan oleh PKR dalam siri kempen jelajahnya ke seluruh negara.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman meminta Abdul Khalid menjelaskan kenyataannya yang bercanggah mengenai status bas itu sama ada disewa atau disewa beli.

NONEHamidah berkata, kenyataan mengenai status bas itu disewa selama enam bulan dilaporkan pada 30 Ogos.

Manakala kenyataan berhubung sewa beli pula, katanya, dibuat pada 27 September bersama-sama dengan penafian hubung kait bas itu dengan pembelian 50 unit sampah dari China oleh kerajaan negeri.

"Kenyataan ini jelas berbeza dengan kenyataan beliau sebelumnya yang menyatakan bahawa bas tersebut cuma disewa," katanya.

Sehubungan itu, Hamidah yang juga exco kerajaaan negeri Perak mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan dalam tempoh seminggu.

Ini kerana, katanya, sehingga kini Khalid tidak tampil menjawab persoalan yang didakwanya "menjadi isu panas dan perhatian umum".

Warta Darul Aman

Arkib