Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 22, 2012

Patutlah UMNO pertahankan sangat 2R... nak hancurkan kerajaan negeri kedah dari dalam

Oleh: Pak Dee Jantan



Semakin dibuka lembaran kitab keperihalan politik pentadbiran Kedah maka semakin terserlahlah akan apa yang selama ini tersirat. Bagi Pak Dee inilah masa untuk memulang paku buah keras kepada Ustaz Azizan (maafkan Enggang Qadha dan Tok Senapi yang naif, kalau kita berbeza pandangan dalam isu ini). Sewaktu awal pemerintahan lagi Pak Dee dah jumpa Ustaz MB, ceritakan bahawa Datuk Rasli, Adzmi Din, Abdul Rahman Saad (dan bla bla bla) adalah individu yang akan digunakan oleh UMNO Kedah untuk sabotaj kerajaan negeri dari dalam. Pak Dee kena jerkah butaa jer tapi dalam hati Pak Dee yakin bahawa kebenaran akan terserlah suatu hari nanti.


Sekarang satu demi satu perancangan jahat mereka terselak. Sejak Rasli jadi SUK, Rahman Saad tidak pernah ditukar ke tempat lain sampai berakaq dekat bahagian perumahan. Semua tahu dia tak pernah beri kerjasama kepada Exco perumahan, ajak bincang tak mau, jemput nak jumpa buat tak tau. Cuba pikiag tengok ketua bahagian yang berkaitan dengan exco tapi tak boleh bagi kerjasama dengan Exco. Berkali perkara ini dibawa masuk meeting Exco, minta Rasli betulkan atau kalau tak boleh tegur pindahkan ke post lain tapi takkan Rasli nak buat macam tu pada Rahman depa satu tongkang, sama kefahaman dan sama tindakan.

Isu perumahan adalah antara yang banyak komplen sampai ke Exco tapi tak boleh selesai segera dan pelaksananya ialah pegawai di bawah SUK, bukannya Exco. Lebih 2,000 unit rumah awam yang sudah selesai bayaran tapi tidak dikeluarkan geran hakmilik, di Kuala Kedah saja ada 148 sampai ada yang dah angkat sepanduk, maki kerajaan negeri. Apa tujuan Rahman menangguhkannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Isu penduduk flet Seri Gemilang yang melantik lawyer menyaman kerajaan negeri kerana menerima notis perpindahan dari kerajaan negeri sepatutnya sudah membuka mata MB, siapa Rahman Saad. Exco perumahan terpinga-pinga apabila kerajaan PAS dituduh kerajaan Yahudi Zionis oleh blogger pecacai UMNO kerana mahu mengusir penghuni dengan notis yang sudah dikeluarkan. Rupanya inilah kerja Rahman tanpa sepatahpun memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu. Apa tujuannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan negeri?

Rahman adalah UMNO kiang, bukan ahli biasa tapi aktivis parti. Dalam kerajaan buat kerja membusukkan imej kerajaan untuk hantar bola tanggung pada UMNO tibai kerajaan negeri. Pegawai macam nikah yang kerajaan nak simpan?

Isunya di sini bukan kerana dia UMNO tapi dia buat kerja sabotaj kerajaan, itu yang kita marah. Ramai KCS UMNO buat kerja secara professional. Md Suhaimi Abdul Rahman KPPD Tanah Kulim adalah aktivis UMNO kedekiang, pernah pegang jawatan bahagian dan pernah naik pentas ceramah. Tapi di Kulim dia buat kerja merelit, sampai pejabat tanah Kulim dapat anugerah 4Bintang... orang macam ni kita salute!! DO Zahari Ismail, Datuk Bandar Md Noh Ahmad pun berfikrah UMNO tapi mai tang kerja depa professional, cepat selesaikan masalah rakyat. Macam ni rakyat mau.

Orang macam Rasli dan Rahman Saad ni rakyat tak perlukan. Yang perlukan sangat Rasli sebagai SUK dan pertahan mati-matian ialah pemimpin UMNO seperti Mahadir Khalid dan Ahmad Bashah. Hujah depa buang Rasli derhaka Sultan, walhal Pak Dee percaya kalau Sultan tau peranan Rasli ni maka Rasli dah ghuyub dari tempat tu. Satu lagi isu yang nak dispin ialah PAS lawan KCS, tak ada kena mengena semua KCS dalam isu ini. Hanya KCS mcm 2R ini saja yang tidak diperlukan oleh PAS. Semua alasan itu diguna oleh UMNO Kedah untuk biarkan mereka jahanamkan kerajaan dari dalam.

Sekarang apabila Audit negara dedahkan penyelewengan RM2.55 juta semua media UMNO dan pemimpin UMNO ambil kesempatan tibai kerajaan PAS/Pakatan walhal yang patut bertanggungjawab sepenuhnya ialah 2R. Entah-entah itu projek untuk salurkan duit ke kantung UMNO. Kontraktor UMNO buleh makan sama, UMNO dapat sama tapi yang kena maki PAS.

Nak simpan lagi ka makhluk 2R ni? Jawab sat Ostad Azizan...

Warta Darul Aman

Arkib