Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, October 4, 2012

Orang UMNO kena baca ini...


Selama ni orang UMNO dok ingat hasil kerajaan Pusat itu adalah dari cukai pendapatan dan untung Petronas semata-mata. Depa ingat rakyat biasa yang rata-rata berpendapatan rendah ni tak bayar cukai.


Jadi Kedah La kena bagi tusyen, nak habag kata setiap rakyat Malaysia yang pakai baju wajib bayaq cukai. Pengimport kain yang mengimportnya dari luar negara kena bayaq cukai dekat kerajaan. Untuk menampung pembayaran tu pengimport masukkan siap kos cukai yang dibayar itu dalam harga barang yang kenakan kepada pemborong, turun kepada peruncit. Bila pengguna (rakyat bawahan) beli pakaian secara automatik dan tak disedari dia membayar cukai tersebut kepada kerajaan.

Itu baru contoh pakaian. 1001 jenis barangan yang kita beli, sebahagian besarnya kita membayar kos cukai kepada kerajaan. Jadi macam mana UMNO nak berhujah kata sebahagian besar rakyat tak bayar cukai kepada kerajaan walhal tiada sebiji kepala dari rakyat pun yang tak terlepas dari bayar cukai kepada kerajaan sama ada secara langsung atau TAK LANGSUNG.

Sekian, kuliah untuk hari ini.

Warta Darul Aman

Arkib