Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 22, 2012

Mukhriz gatai punkok nak komen isu balak kat Papua, kena tibai dgn Setpol lari menyorok dalam kain Tun


Kes Papua New Guinea dan KCB...Mukhriz Kena Suluh Diri Di Cermin Sejarah


Oleh: Muhammad Sanusi Md Nor

Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007). -Mukhriz jangan cakap ikut sedap mulut... Cuba suluh diri sendiri dalam cermin rekod pemerintahan BN di Kedah...




1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman,  dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu, bukan penyelewengan atau rasuah. 

2. RM134 juta (USD44 juta) bukanlah jumlah kerugian atau penyelewengan. Ia adalah   jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency berpusat di London untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd.  yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bagi membiayai aktiviti lain KCB. 

Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa  Penilaian (ombudsmen) yang dilantik oleh PMbKed mendapati pinjaman dan penglibatan dalam perniagaan di PNG  akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat. Jawatankuasa ini juga mengsyorkan KCB menamatkan perniagaan mereka di negara itu memandangkan suasana tidak menentu dalam prosedur urusniaga dan perjanjian yang dimeterai. Jawatankuasa itu dianggotai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif  PMBKed.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan itu tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4.  Pelaburan perniagaan di  PNG ditamatkan di pertengahan jalan  menyebabkan semua modal  dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan. Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada Jawatankuasa Penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri.

5. KCB juga menanggung beban projek daripada pengurusan terdahulu dalam projek 99East di Langkawi dengan Syarikat Terra  Monda (S'pore) Ltd. KCB di bawah kendalian CEO sebelumnya - Dato' Tajul Urus (Ketua Bahagian UMNO Merbok) pada 2007 menjerumuskan KCB dalam projek 99East yang bernilai RM1.9 bilion, meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di PNG.

6. Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik selepas Mac 2008,  yang menjerumuskan KCB dalam masalah di PNG telah ditamatkan perkhidmatan pada 2010 dan beliau menyaman PMBKed  kerana penamatan itu yang didakwa melanggar undang-undang (Akta Pekerjaan 1955).

7. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KCB, beliau yang  juga seorang usahawan sudah terbabit dengan  individu dalam MAS Incorporated - Dato' Manaf- untuk menjalankan perniagaan di PNG, dan kedudukan dalam KCB selepas dilantik pada 2008 digunakan sepenuhnya untuk meneruskan hasratnya sebelum itu.

8. Dato' Manaf adalah seorang usahawan yang dipertikaikan "kejujurannya" oleh banyak pihak. - hal ini dimaklumkan oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pengarah Lembaga Tabung Haji dalam satu pertemuan dengan saya di  Kuala Lumpur pada 2010. Dato' Manaf telah menyatakan bahawa dia berjaya melibatkan  KCB dalam perniagaannya di PNG kepada tokoh ini dalam satu majlis makan malam di Istana Anak Bukit, tetapi sudah terlewat untuk saya memberi amaran kepada KCB dan PMBKed.

9. KCB telah dimusnahkan oleh peniaga-peniaga yang menjadikan 'penipuan' sebagai modal dalam perniagaan  mereka, dan 'kelurusan' pengurusan KCB telah menjadikan syarikat dan pemegang saham sebagai mangsa.

10. Kerajaan PR Kedah yang masih baru dalam selok belok perniagaan antarabangsa masih sempat menghentikan risiko yang lebih besar melalui penglibatan anak-anak syarikat dengan aktiviti perniagaan antarabangsa.

11. Satu hal yang sangat penting diberi perhatian ialah dasar tidak campurtangan dalam sesuatu tugas yang telah diamanahkan kepada pihak yang dirasakan layak pada waktu itu, sehinggalah sesuatu masalah timbul yang memerlukan tindakan kerajaan. Inilah yang dibuat oleh PR di Kedah dalam semua tugasan yang diperturunkan kuasa kepada pihak- pihak yang dilantik menerajui syarikat ataupun agensi kerajaan.

12. Mukhriz patut bertanya pengurusan KCB di zaman BN kenapa KCB dijerumuskan dalam projek 99East di langkawi yang bernilai RM1.9 bilion sedangkan KCB tidak memiliki tanah yang ditawarkan dalam perjanjian kerjasama dengan Terra Monda (S'pore) Ltd. 

13. Mukhriz juga patut bertanya skandal komisyen ratusan juta pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, skandal BMF yang ditenggelamkan di zaman bapanya menjadi PM, penglibatan Bank Negara dan Tabung Haji dalam perniagaan matawang asing yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit, itu semua lebih memalukan negara.

14. Mukhriz juga patut mempersoalkan kena premium balak di zaman BN jadi kerajaan di Kedah cuma RM500 dan RM1000 sehektar, sedangkan kerajaan PR boleh menjana RM12 ribu hingga RM 17 ribu sehektar. Bukankah itu satu bentuk kehilangan hasil kerajaan dan kerugian kepada rakyat Kedah.

15. Mukhriz juga patut bertanya kenapa hutang Kedah kepada persekutuan mencecah 2.4 bilion di zaman BN menjadi kerajaan di Kedah, sedangkan terdapat kes dalam projek bekalan air di luar bandar yang sepatutnya  mendapat geran daripada persekutuan tetapi diberi pinjaman ratusan juta yang terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri ini.

16. Mukhriz juga wajar bertanya kepada diri sendiri bagaimana kerajaan BN sejak berpuluh tahun menguruskan negeri Kedah sehingga kerajaan sekarang terpaksa menanggung beban tindakan mahkamah dalam kes- kes perjanjian perniagaan dengan beberapa syarikat melibatkan RM 11 juta dalam kes tanah di Tandop, Alor Setar dan kes sedang menanti di Jerai International Park di penghujung tahun 90-an melibatkan tuntutan kerajaan  negeri  sebanyak RM60 juta.

Warta Darul Aman

Arkib