Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, October 13, 2012

Mana lebih baik: PR menang hudud belum terlaksana atau BN menang tapi hudud tak buat jugak?





Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Matlamat adalah perkara akhir dan muktamad yang ingin dicapai. Apabila matlamat dicapai, maka berlakulah kesempurnaan pada perkara tersebut. Matlamat hidup manusia tidak beriman adalah pelbagai, mengikut citarasa mereka masing-masing. Namun matlamat hidup orang beriman cuma satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah. Tidak beriman seseorang itu jika matlamat hidupnya bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.


Oleh kerana usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah merupakan suatu perjuangan, maka menyempurnakan suruhan Allah adalah satu kemenangan. Orang beriman yang mampu bersolat, berzakat, puasa dan menunaikan haji dianggap orang yang menang kerana berjaya menewaskan semua cabaran sehingga berjaya menunaikan perintah Allah.

Dalam Islam ada perkara yang menjadi kewajipan individu dan ada pula yang menjadi kewajipan kepada pemerintah, bukan individu. Solat wajib ditunai oleh setiap yang beriman, manakala melaksanakan hukum Allah dalam perundangan serta berlaku adil dalam pentadbiran negara adalah menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah secara jamai.

Bagi kewajipan individu, lumrahnya semua orang mampu melakukan. Namun bagi kewajipan pemerintah ia terpaksa pula melalui langkah tertentu. Untuk melaksanakan pemerintahan adil (termasuk hukum hudud) ia perlukan kuasa. Ada pihak berusaha mendapat kuasa melalui 'mata pedang'.

Di Malaysia PAS memilih kaedah muwajahah silmiyyah, menyertai demokrasi untuk mendapatkan kuasa. Apabila ditakdirkan kuasa diperolehi maka PAS baru berjaya mendapatkan alat untuk menyempurnakan matlamat mendapat keredhaan Allah melalui melaksanakan perintahNya. Kalau setakat menang pilihanraya ia belum satu kemenangan untuk Islam. Kemenangan ialah apabila perintah Allah terlaksana; sama ada dalam aspek pentadbiran yang adil atau pelaksanaan undang-undang ciptaan Allah ke atas manusia.

Menang pilihanraya baru dapat alat, bukan Islam sudah menang

Maka jika ada pihak yang menafsirkan kemenangan Islam sebagai kemenangan dalam pilihanraya (melalui kenyataan bahawa Islam tidak pernah menang melalui bantuan orang kafir) maka jelas orang itu tidak faham mana satu alat dan mana satu matlamat.

Persoalan berikutnya ialah dakwaan bahawa PAS telah meninggalkan prinsip perjuangan Islam hanya kerana bekerjasama dengan DAP yang menolak hukum Allah. Di mana pihak penuduh ini mendapat pengesahan rasmi bahawa PAS telah meninggalkan matlamat menegakkan sebuah negara yang mendapat keredhaan Allah (didefinasikan dengan istilah negara Islam)? Kecualilah dalam muktamar PAS, satu resolusi dibuat mengisytiharkan PAS secara rasmi membuang matlamat menegakkan negara yang mendapat keredhaan Allah. Sedangkan ini tidak pernah berlaku.

Rasulullah SAW ubah prinsip kerana tukar istilah?

Apa yang berlaku ialah perubahan istilah mengikut suasana dan realiti. Dahulu PAS pernah guna istilah 'menjadikan Islam sebagai Ad-Din'. Kini guna istilah 'Negara Berkebajikan'. Adakah perubahan istilah itu bertujuan untuk memudahkan urusan kerjasama dengan bukan Islam? Jawapannya kena dirujuk kepada sirah Perjanjian Hudaibiyah. Draf perjanjian yang disediakan oleh pihak Muslimin menyebut 'Muhammad Rasulullah'. Puak Musyrikin membantah, lalu nabi Muhammad SAW bersetuju membuang kalimah 'Rasulullah' digantikan dengan 'Bin Abdullah'. Andai kata pihak yang mendakwa PAS telah membuang prinsip Islam, menggantikan dengan istilah yang kononnya tidak menampakkan keIslaman maka saya khuatir kalau golongan ini hidup di zaman Rasulullah SAW dahulu, mereka akan berkata, "Tengok Nabi Muhammad dah ubah prisip, dah tak mengaku dia Rasulullah" (Wal'iyazubillah).

Jangan batalkan usaha tumbangkan kezaliman hanya kerana hudud belum boleh dibuat

Kenyataan selanjutnya ialah PAS lebih mementingkan kuasa dari mempertahankan prinsip.  Yang sebenarnya bukan mempertahan prinsip tapi mempertahankan istilah yang kononnya menggambarkan prinsip. Baiklah katakan PAS bertegas untuk menyebut negara Islam dan melaksanakan hudud. Kerana tidak bersetuju dengan PAS maka DAP dan KeADILan tidak bersama. Akibat berpecah, pembangkang tidak berjaya tumbangkan BN. Maka BN terus berkuasa. Penyelewengan berleluasa, rasuah jadi darah daging pemerintah, pemborosan menggila lantaran terlalu lama berkuasa, ketidakadilan menyeluruh,indeks moral jatuh menjunam, maksiat sudah tidak terbendung, Islam dilatam, Melayu terus merempat di bidang ekonomi dan akhlak. Adakah pada masa itu, PAS hanya perlu berbangga menepuk dada "Pedulikan segalanya hancur musnah, yang penting prinsip Islam kami PAS tidak tergadai!". Ajaran Islamkah ini?

Bukankah lebih baik, sementara hudud belum dipersetujui bersama, menumbangkan kerajaan yang menyeleweng serta menegakkan sebuah kerajaan yang berintegriti diberi keutamaan.  Dalam kaedah fiqah, tidak mampu buat semua jangan tinggal semua. Sementara belum boleh buat hudud, tumbangkan kerajaan zalim tegakkan kerajaan berintegriti adalah wajib. Dengan kuasa yang diperolehi banyak kebaikan yang boleh dibuat.

Salahkah Kristian berdoa ikut kepercayaan mereka?

Dakwaan terakhirnya ialah kononnya puak Kristian di Sarawak berdoa untuk kewujudan sebuah negara Kristian Di Malaysia. Adakah ini ancaman besar yang sangat menyusahkan hati umat Islam?

Diriwayatkan bahawa di kala berlaku peperangan Badar antara tentera Muslimin dan tentera Musyrikin, Abu Jahal berdoa kepada Allah swt seperti berikut, "Ya Allah, siapa di antara kami (dua golongan yang berperang) yang lebih memutuskan perhubungan darah (tali persaudaraan) dan yang lebih mendatangkan perkara yang tidak dikenal oleh kita (ajaran Islam), maka musnahkanlah mereka pagi esok."

Sedikit pun Rasulullah SAW tidak susah hati dengan doa Abu Jahal sebab baginda yakin bahawa doa Abu Jahal tidak akan membawa mudharat kepada tentera Islam. Hanya orang yang yakin Abu Jahal di pihak yang benar barangkali yang takut kepada doanya.

Sejarah politik tanahair khusus yang berkaitan PAS, catatannya strereotype. Asal saja ada pemimpin atau bekas pemimpin yang cenderung hati dengan UMNO, maka pemikiran mereka serta merta berubah jadi dungu.  yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”

yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”

golongan- yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”

 

golongan- yang lebih memutuskan tali perhubungan darah, memecahkan persatuan bangsa, dan yang lebih mendatangkan barang yang tidak dikenal oleh kita, maka binasakan ia besok pagi!”

Nabi tak bimbang pun, kerana Nabi yakin doa dia Allah swt tak terima.

 

 

Warta Darul Aman

Arkib