Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 31, 2012

Majlis Mesyuarat Exco zaman BN buat kerja penyamun... ayuh rakyat Kedah buat repot polis kes ini!!!


RM11 juta duit rakyat jahanam angkara BN... nak napi apa lagi Mahdey Kholed oiii!!!

Oleh: Pak Dee Jantan
 
Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan BN dahulu maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.
YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Ceritanya mudah saja, 16 keping tanah tak mampu ditebus oleh syarikat JV YIKed dengan Long Island daripada pihak bank. Oleh kerana kemaruk jugak nak jalankan projek perumahan, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri BN wujudkan geran baru untuk syarikat JV YIKed-Long Island, siap dengan ubah syarat tanah. Walhal tanah tu dah ada geran hakmilik pun. Jadi pihak pemilik tanah asal yang saman YIKed... senang-senang jee menang RM11 juta.

Yang aku herannya, gila ka apa mesyuarat Exco berani buat keputusan macam tu. Langsung tiada integriti, pengkhianat terhadap hakmilik orang lain, tiada amanah. Majlis Mesyuarat Exco BN macam penyamun!!! Rakyat Kedah tunggu apa lagi, pi buat report polis, korek balik kerja terkutuk depa yang menyebabkan tak pasal2 kerajaan PR lanie kena bayar RM11 juta. Duit rakyat tu, bukan reta meredak tok nenek pemimpin UMNO Kedah.




 

Warta Darul Aman

Arkib