Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 31, 2012

Mahdzir Khalid, jawab sat pasai apa hang bagi gaji dua gaji tetap dekat Shahanim?



Oleh Pak Dee Jantan

Syarikat Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. di zaman Dato' Seri Mahdzir Khalid telah memberi gaji tetap kepada tiga pemimpin UMNO negeri tanpa kelulusan daripada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarahnya.

Salah guna wang melibatkan  RM197 ribu yang disalurkan kepada tiga orang sebanyak RM2 ribu seorang setiap bulan dengan cara meletakkan nama mereka ke dalam senarai pekerja syarikat berkenaan bermula Disember 2004 hingga Mac 2008.
 
Seorang dari tiga yang menerima gaji buta itu ialah Shahanim Mohd Yusof yang merupakan pegawai khas kepada Menteri Besar yang menjaga hal ehwal GLC. Di pejabat MB dia terima gaji tetap sebagai pegawai khas dalam waktu yang sama dia juga adalah pekerja tetap Kedah Agro yang tidak perlu bekerja.
 
Walaupun salahlaku Mahdzir telah didedahkan sejak empat tahun lalu, tetapi sehingga kini beliau tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan itu. Adakah kerana dia takut untuk menjawab (kerana memang bersalah) atau tidak berani menjawab? Samalah tuu...
 
Begitulah UMNO Be End faraidkan harta meredak rakyat Kedah kepada kroni ikut suka depa.

Warta Darul Aman

Arkib