Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 31, 2012

Mahdzir Khalid, betul atau tidak berjuta RM duit udang Kerpan depa boh dalam tong ikan pi hantaq rumah Dato' dekat PRU12 lalu


Oleh: Pak Dee Jantan

Misteri kehilangan duit untung projek udang Kerpan untuk tahun 2007 masih belum terjawab tapi jalan cerita kehilangan wang tersebut dari akaun bersama Kedah Agro dan Kedah Aquaculture semakin terbongkar satu persatu.

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KASB membayar KAIMB sebanyak RM2.16 juta kerana keuntungan RM6.15 juta tidak diagihkan mengikut nisbah 60:40 (Kedah Aqua: Kedah Agro). Sebabnya duit itu didapati hilang. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011 sedangkan ia bukan angkara pemimpin kerajaan sekarang.

Sekarang Pak Dee nak tanya Mahdzir Khalid dengan ikhlas dan Tok Det tolong jawab dengan ikhlas jangan tipu-tipu... Betul atau tidak khabar angin yang mengatakan duit tersebut dihantar secara tunai ke rumah Dato' Seri dengan diisi duit tersebut dalam tong ikan? Dan duit tersebut digunakan untuk PRU12 lalu?

Soalan seterusnya, berani atau tidak Dato' Seri buat sumpah laknat (cara memutuskan kebenaran menurut ajaran UMNO) bahawa dakwaan itu tidak benar?

Warta Darul Aman

Arkib