Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, October 13, 2012

Macam tuu lah blogger UMNO Kedah, buat kerja rajin-rajin, baru layak makan elaun RM2000 sebulan..



Oleh: Tok Non

Lepas 5 hari Tok Non cabar pihak pembangkang dan para blogger UMporNO (petikan di atas) supaya jangan dok tengok saja isu Datuk Rasli SUK didesak letak jawatan oleh Ahli Jemelih Daerah Kubang Pasu, baru hari ni cabaran Tok Non tu disahut oleh blogger UMNO. TN kata aritu, inilah masanya bagi UMNO nak propagandakan bahawa berlaku pertembungan besar antara Kerajaan Negeri dengan SUK bagi menunjukkan ketidakstabilan politik. Teruk sungguh puak2 pembangkang Kedah ni, haktu pun TN yang kena ajag. Buat kerja lembab! harap metekedarah gaji buta RM2000 sebulan (dok beletiag kat puak2 cybertrooper UMNO nih).



Maka sorang blogger UMNO yang juga aktivis UMNO Kuala Kedah (sampai masa nanti Tok Non dedahkan identiti blogger tu, dengan fotonya sekali yang hesem tu) pun pertahan Datuk Rasli dengan cara menyerang balik Setpol Menteri Besar... tak bertadong langsung, Datuk Rasli ditembak, Sanusi pulak yang dibalas. Foto2 Sanusi pi luaq negeri yang dipetik dari blognya sendiri disenaraikan, walaupun sebahagian foto tu dia pi waktu belum jadi Setpol lagi.

Tak apa bagi Tok Non dan Enggang Qadha (yang telah diberi tanggungjawab oleh Tok Senapi melakukan assigment ini) telah 'mencapai hajat' yang mahukan isu ini dipolemikkan, tak kiralah yang depa serang balik tu Setpol ke, MB ke, Exco ke... yang penting berlaku serangan balas. Bila saling tembak menembak barulah pendedahan isu2 kebobrokan Datuk Rasli yang akan dibongkarkan satu persatu (selagi dia tak resign) ni ada nilai. Kalau asyik dia diserang bertubi-tubi, sedangkan tiada siapa bela dia atau tiada serangan balas maka orang akan anggap pihak penyerang jahat, tak semena-mena pula Rasli akan terima simpati orang ramai... ITULAH RAHSIANYA... he he he.

Lepas ni kita akan siarkan salahlaku Datuk Rasli satu demi satu (termasuklah senarai lawatan keluar negara dengan fotonya sekali) maka ia adalah untuk membalas serangan dan permintaan pihak lawan.

Tok Non harap sangat isu ini akan dibesar-besarkan oleh TV3 suku dan Utusex Meloya, jadi jangan lupa esok 14 Oktober 2012, Ahli2 Majlis Daerah Pakatan Rakyat Negeri Kedah akan berdemo depan Wisma Darul Aman sambil hantar memorandum desak Datuk Rasli resign. Kalau boleh ekoran tu Pemuda UMNO, Perkasa, geng Sobri Sudin dan Chot Jalan Lumpog pula buat demo untuk pertahankan Datuk Rasli... bagi meriah sungguh. Media pro BN mesti buat liputan besar-besaran. Pasai apa pula nak guna khidmat TV3 Suku? Lepas dah heboh dalam TV3 Suku nanti barulah Tok Non habag akan rohsianya mengapa....? Selama ni TV3 dok perbodohkan rakyat, kali ini kita perbodohkan UMNO guna khidmat TV3 pulak.

Warta Darul Aman

Arkib