Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 31, 2012

Laa tak faham rupanya antara 'KCS' dan 'SUK'


 

Oleh: Enggang Qadha

EQ sangat keliru apabila tindakan ahli-ahli PBT dari parti politik mendesak Dato' Rasli Basir meletakkan jawatan dianggap melancarkan perang terhadap KCS.

Apabila terbaca sebuah blog UMNO pro Mukhriz (di atas) barulah EQ dapat tangkap, rupanya selama ini cybertrooper UMNO tak faham antara KCS dan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri). Depa faham bahawa yang dimaksudkan KCS itu ialah SUK, jadi sekarang ini yang jadi 'KCS' (bagi cybertrooper UMNO) ialah Dato' Rasli.

Fuhhh.. EQ tepuk dahi 15 kali. Aduss tak dak info sampai macam tu sekali. Tu pun jangan dapat offer jadi cybertrooper UMNO RM15.90 sehari, pakat celapak offer diri.

Untuk maklumat pahlawan maya UMNO semua, KCS ialah singkatan dari Kedah Civil Service, diterjemah ke bahasa Melayu yang mudah difahami ialah Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah. Sekarang terdapat 157 orang KCS.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri ialah ketua kepada semua pegawai serta kakitangan awam kerajaan negeri Kedah. Pemegang jawatan tersebut cuma seorang, sekarang ialah Dato' Rasli Basir yang memegang jawatan secara lantikan kontrak untuk kali kedua sehingga Jun 2013.

Jadi mendesak Rasli melepaskan jawatan SUK bukan bermakna berperang dengan 157 pegawai KCS, berdasarkan hakikat:

1) Pendesak tak minta 157 KCS letak jawatan tetapi cuma Rasli seorang.

2) Apabila Rasli didesak resign tidak ada seorang pun pegawai yang mewakili KCS keseluruhan yang mempertahankan Rasli.

3) Ramai KCS yang mahu Rasli berundur dan membantu pihak pendesak dengan memberi sokongan moral serta membekalkan semua dokumen berkaitan.

Mendesak Rasli berundur juga tidak bermakna menderhakai Sultan kerana:

1) Pendesak mahu menjaga kemuliaan institusi DiRaja supaya tidak tercemar dengan salahlaku Rasli menguruskan pentadbiran negeri

2) Takkan nak biar salahlaku Rasli hanya kerana pelantikannya diperkenan Sultan. Raja-raja Melayu sendiri sudah dibuang kekebalan oleh UMNO, inikan pula Rasli yang bukan Sultan. Kalaulah Tuanku Sultan tahu salah laku Rasli...

Kenyataan para pemimpin UMNO bahawa 'PAS berperang dengan KCS' adalah kenyataan jahat dan usaha mengadu domba pihak yang tidak terbabit dengan masalah untuk turut serta, bagaimanapun Alhamdulillah KCS lebih bijak dari UMNO.

Warta Darul Aman

Arkib