Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 24, 2012

KLCS anjur Himpunan Duduk Bantah 1 November


 
Himpunan Duduk, Riadah dan Desak Dato' Rasli Letak Jawatan

JITRA – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah (Kedah Local Councillors Secretariat - KLCS) akan menganjurkan program himpunan aman mendesak Datuk Paduka Rasli Bin Basir, meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Himpunan tersebut berkonsepkan desak, duduk dan riadah selama 2 jam yang akan diadakan di kawasan parkir depan Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 1 November depan.
Ahli Jawatankuasa KLCS, Basir Bin Haji Ismail berkata, pihaknya telah membuat ketetapan akan menganjur sekali lagi himpunan aman bagi mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatan. Himpunan kali ini akan melibatkan ahli-ahli majlis PBT (lantikan politik) serta pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung dan Komuniti (MKK) seluruh negeri Kedah serta badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong tindakan ini.

Basir berkata, pihaknya akan meminta  peserta himpunan membawa sepanduk menjurus kepada mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatan, di samping mengarahkan peserta membawa makanan masing-masing untuk berkelah semasa himpunan dijalankan. Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa desakan yang dibuat hanya terhadap Rasli seorang. "Jadi jangan ada mana-mana pihak cuba mengalih isu dengan mendakwa kami menentang KCS keseluruhannya," jelasnya.

Katanya, tujuan program adalah untuk memberi tekanan lebih berat kepada Datuk Paduka Rasli, berbanding dengan himpunan aman yang telah diadakan sebelum ini.

Dianggarkan seramai 2,500 orang akan menyertai himpunan aman ini, sekali gus ia akan mencatat suatu sejarah di negeri Kedah, di mana berlaku penentangan secara terbuka oleh rakyat ke atas seorang SUK yang tindak-tanduknya menyanggah kerajaan negeri.

Tindakan (himpunan aman) ini adalah wajar kerana ia adalah interprestasi kami mempertahankan maruah dan kerajaan negeri Kedah yang dipilih secara sah dan demokratik oleh rakyat dalam PRU 12 lalu.

Basir yang menjadi jurucakap SKLC berkata, “mudah-mudahan Datuk Paduka Rasli akan mendapat mesej yang lebih jelas, sekali gus beliau boleh membuat keputusan secara sukerala meletakkan jawatannya, demi menjaga nama baik sistem perkhidmatan awam dan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Kedah”.

Barangkali tindakan sebelum ini kurang memberi tekanan kepada beliau ataupun (beliau) mahu menguji kesabaran kami (ahli-ahli majlis), maka  tuntutan kami sebelum ini tidak dihiraukan, ujarnya.

Perlu ditegaskan, rakyat sudah membuka mata tentang isu ini, kini mereka mula bangkit menunjukkan sikap menentangnya, kerana mereka (rakyat) sudah tahu tentang salahlakunya terhadap kerajaan negeri Kedah.

“Sejarah telah membuktikan, apabila rakyat bangkit menuntut sesuatu perubahan, maka rejim yang zalim pun akan tersungkur ke bumi. Oleh itu, Datuk Paduka Rasli tidak perlu menunggu saat ini kerana yang akan rugi adalah dirinya sendiri, ketika itu… siapapun tidak lagi bersimpati dan menolongnya, Basir menjelaskan.

Bagi kami (ahli-ahli majlis lantikan politik) Datuk Paduka Rasli tidak wajar meneruskan perkhidmatannya sebagai SUK kerana ia bukan sahaja bertindak secara tidak profesional ketika menjalankan tugas, malah disyaki telah melakukan pelbagai salah laku dan sabotaj ke atas pihak kerajaan negeri Kedah yang memerintah pada hari ini. Perbuatannya yang mensabotaj kerajaan negeri ibarat telah menafikan hak rakyat yang membuat keputusan dalam PRU 12 lalu, katanya.

Selaku pengajur himpunan aman ini, diharapkan ia akan mendapat kerjasama dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengawal keselamatan dan lalulintas seperti yang telah dilakukan dengan baik ketika himpunan aman lalu. Kami akan memastikan para peserta yang terlibat berada di dalam keadaan yang terkawal serta mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Warta Darul Aman

Arkib