Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 1, 2012

Khairy, hang toksah dok muhonglah!

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
 
 
 
Ketua Pemuda UMNO kata, 50 % pengundi muda sokong BN lepas dengar Bajet 2011. Bajet bentang hari Jumaat. Hari Sabtu buat kajian, hari Ahad dah dapat result untuk analisa. Hari Isnin umum. Amboi mak, cepatnya hang buat kajian Khairy.
 
UMCEDEL buat kajian kena turun padang, sampel kena teliti dan tepat... tak boleh kutip Bangla tepi jalan, balik buat analisis. Paling cepat makan masa dua minggu. Khairy buat kajian cuma dua hari, agaknya dia guna FB atau Twitter tanya rakan2 mayanya yang majoritinya ahli UMNO..
 
Hmmm kira oklah tu Khairy, yang penting resultnya boleh 'SYOK SENDIRI...'
 
 
Khairy: 50% pengundi muda sokong BN selepas bajet

  • Bernama
  • 9:22AM Okt 1 2012

 
Kajian pergerakan Pemuda Umno 48 selepas pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.

"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.

Warta Darul Aman

Arkib