Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, October 11, 2012

“Kami bukan serang KCS, kami cuma mahu Datuk Rasli berundur”


JITRA – Ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan tindakan mereka cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di dalam hal ehwal berkaitan perlantikan Yang Dipertua, Majlis Daerah Kubang Pasu.

Ketua Whip Ahli Majlis, Basir Ismail berkata, beliau begitu hairan apabila masih ada pihak yang mempertahankan tindakan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Basir, seolah-olah ianya sah dari segi undang-undang.

Barangkali mereka tidak baca undang-undang (Akta 171) ataupun buat-buat tidak paham ataupun sengaja mahu memutar belit isu ini supaya perkara berkaitan undang-undang tidak lagi menjadi asas untuk diberi perhatian di dalam penyelesaian isu ini, katanya.

Memetik laporan Bernama yang ditulis oleh Kamarul Ariffin Mohd Yassin, Basir berkata jelas maksud yang cuba disampaikan cuba mengelirukan orang ramai dan berunsur provokatif.

Sejak awal isu ini dibangkitkan, kami (ahli majlis) tidak pernah menyerang pegawai tadbir (KCS) Kedah, sebaliknya memberi fokus ke atas tindakan Setiausaha Kerajaan yang secara jelas membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus tidak sah dan ultra vires.

Dalam hal ini saya difahamkan majoriti pegawai tadbir negeri yang menyokong tindakan kami. Tindakan membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri ataupun memanipulasi kuasa oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bukan perkara baru, malah ia telah diperhatikan sejak awal lagi.

Persoalan kami kepada mereka berkenaan, adakah usaha menegakkan hukum dan memastikan perlaksanaan di dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta 171 ditafsirkan sebagai mencampuri urusan pentadbiran, ujarnya.

Dalam hal ini datuk Rasli kena buktikan dalam bentuk hitam dan putih yang mengatakan tindakanya adalah urusan pentadbiran dan mengikut undang-undang, katanya.

Kamipun bukan nak panjangkan isu ini, kalau ada bukti beliau tunjukkan saja. Kami akan tutup buku dan akur dengan keputusan tersebut. Saya fikir beliau tidak mampu menunjukkan bukti, sebaliknya seperti mengharapkan sesuatu dari isu ini yang menghura-harakan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Kedah.

Merujuk kepada penganalisis politik Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian yang mengatakan ahli majlis tidak sepatutnya campur tangan dalam perlantikan pegawai kerajaan, kerana ia melanggar norma dan mempunyai kepentingan sendiri, Basir berkata, pendapat beliau bersifat umum hanya di atas permukaan semata-mata dan tidak tahu dengan latar belakang isu yang dibangkitkan.

Kata Basir, peranan ahli-ahli majlis bagi memastikan perjalanan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang bukan isu politik maupun berkepentingan sendiri. Ia adalah soal menegakkan hukum dan menjadi tanggugjawab yang tidak boleh dilepas tangan”.

Perlukah saya dedahkan di sini bahawa kelemahan amalan lazim sejak zaman kerajaan BN dalam perlantikan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah ? Tunggulah masa yang sesuai untuk didedahkan.

Beliau (Dr. Sivamurugan) harus sedar bahawa amalan lazim sejak kerajaan BN memerintah bahawa mereka (BN) tidak pernah peduli tentang hal ini. Mereka tidak tahu tentang implikasi yang bakal ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya seseorang Yang Dipertua tidak sah menjalankan tugasnya.

Katanya, ramai yang tidak sedar bahawa jawatan seseorang Yang Dipertua adalah merupakan jawatan terbuka. Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik sesiapa jua, ia tidak terikat hanya dikalangan pegawai tadbir kerajaan semata-mata. Asalkan ia memenuhi syarat dan diluluskan oleh Exco maka layak menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua. Maksudnya ialah bukan hak prerogatif seorang Setiausaha kerajaan ataupun urusan pentadbiran seperti yang di dakwa oleh mereka.

Pihak pentadbiran hanya bertindak melaksanakan keputusan, bukan sesuka hati buat keputusan seperti kes yang berlaku ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu.

Basir menyoal, adakah beliau paham tentang undang-undang ini? Saya khuatir pandangannya akan menyebabkan orang ramai akan melabelkan beliau sebagai profesor kangkong.

Sehubungan itu Basir mencadangkan mereka yang mem-pertikaikan tindakan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu di masa akan datang memberi pendapat berlandas undang-undang, supaya kredebilitinya tidak dipertikaikan oleh orang lain.



Warta Darul Aman

Arkib