Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, October 20, 2012

Jangankan UMNO, Tok Senapi pun tertipu permainan puak nak pejatuh Rasli nii...

Tok Senapi nak komen sikit...

Oleh TOK SENAPI

Sejak usia makin tua ni rasa makin tak seghairah masa muda dulu nak menulis. Bukan nak pelemah semangat orang muda pulak, teruskan kerja kamu, ini cuma nak citer realiti diri tok. Tapi tok tetap setia membaca semua tulisan orang muda.
Alhamdulillah, kemunculan penulis maya di pihak PR makin bertambah dan berkualiti menjelang PRU. Bagi tok yang memimpin Kedah La sangat gumbira dengan ramainya admin tapi bila ramai tu ada masalah lain pulak. Antaranya tiada keselarasan. Enggang Qadha tok tugaskan tangani isu Dato' Rasli jadi semua rakan2 yang lain rujuk dulu pada EQ untuk isu itu. Komen tok kalau isu itu nak dimain bertubi2 mcm dok ada tu takut rugi sebab tak sempat hadham di kepala pembaca. Biar sikit2, satu demi satu, tak gitu?

Tok pun salute permainan oleh EQ selaku ahli majlis bersama rakan2nya yang bermain isu Dato' Rasli, jangankan UMNO, tok pun rasa dah tertipu dengan permainan depa. Mulanya nampak mcm depa perjuangkan Akta 171 kecoh pasai pertukaran YDP Kubang Pasu-Kuala Muda. Bila UMNO dah bela Rasli tiba-tiba depa keluarkan satui demi satu isu penyelewengan Rasli. Isu pun sudah transform.

Jadi puak2 UMNO dan blog maya BN yang sokong Rasli tiba-tiba jadi tersentot.. puak penaik banner pertahankan Rasli kerana Sultan pun mati kutu... akhirnya isu pertukaran YDP majlis bukan lagi isu.

Buatlah apa pun kaedah macam mana nak menangani isu SUK ni, tok serahkan pada bijak laksamana EQ dan rakan2. Tok cuma sedia blog untuk melancarkan serangan....

Warta Darul Aman

Arkib