Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, October 2, 2012

Hangpa pikiag nuu... takkan Tok Mat Bashah saja-saja keluag kenyataan ini kalau depa tak siapkan '200 ribu ekog hantu'

Oleh Mat Kering Bakaq Bata
 
 
 
Ini adalah ancaman besar untuk Pakatan Kedah. Apabila ketua UMNO Kedah Tok Mat Bashah umum parti itu akan daftar 200 ribu pengundi baru hangpa jangan ingat itu pendaftaran biasa. MK nampak ayat tu macam sengaja nak mengaburi mata rakyat, bila nanti berlaku lonjakan luarbiasa pada daftar pemilih maka depa akan kata, itulah hasil usaha pendaftaran yang dibuat.
 
Ingat 'tentera-tentera asing' BN dari Burma sudah beribu-ribu berkumpul di Bukit Malut, Langkawi. Semua depa dapat IC dan boleh mengundi. Mungkinkah lepas ini muncul pula 'tentera asing' BN dari Indon, Nepal, Bangla di Kedah?
 
Ini tugas berat jentera pilihanraya pakatan Kedah untuk mengambil sesuatu tindakan, di samping memperhebatkan pendaftaran ahli-ahli dan penyokong, sebab pru13 dok nampak-nampak akan berlaku bulan Mac 2013... maknanya sempat lagi kalau nak daftar.
 
 
Umno Kedah usaha daftar 200,000 pengundi baru
 
5:57AM Okt 2 2012

 
 
Umno Kedah sedang berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih walaupun menyedari pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata gerakan mendaftar pengundi baru dijalankan setiap hari.

"Arahan telah dikeluarkan kepada setiap Umno Bahagian supaya membuka kaunter pendaftaran pemilih pada setiap hari bekerja mulai bulan lepas manakala di Ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku telah lama diadakan.

"Umno sentiasa mencari mekanisme bagi memudahkan pendaftaran pengundi antaranya mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) mencari dan mendaftar mereka yang layak di kampung masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri di Alor Setar semalam.

Ahmad Bashah berkata sehingga Ogos lepas jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta orang berbanding 873,000 orang pada PRU 2008.

Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) Kedah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi dari 2008 sehingga Ogos lepas, katanya.

- Bernama

Warta Darul Aman

Arkib