Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 24, 2012

Cepat Tang Keng Liang pi repot polis!!! Kerajaan BN dulu punya angkara, kerajaan lanie rugi RM11 juta... UMNO nak kata apa?

Kerajaan tanggung rugi RM11 juta akibat 'arahan politik' kerajaan terdahulu

Oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR – Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.
Beliau mendedahkan demikian semasa sidang media selepas majlis penyerahan lembu korban di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.

“Sekarang kita kena bayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd disebabkan Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama semasa itu.

“Kita dah kalah kes ni (di mahkamah) dan sekarang kita pula yang kena bayar. Jika tidak dibayar maka YIked mungkin akan ditutup. Ini disebabkan pemerintahan yang lepas,” terangnya.

Tambah beliau, selain itu, setelah disiasat masalah ini didapati pegawai yang bertugas semasa itu mendapat arahan politik daripada pemerintah semasa itu. “Kerajaan negeri telah ambil beban tanggung biawak hidup,” katanya.

Sementara itu, kini YIKed telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.






Warta Darul Aman

Arkib