Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, October 23, 2012

Bila tak mampu berhujah... maki hamun, mencarut, menghina, memfitnah pun menjadi mainan blogger upahan UMNO

Oleh: Tok Non

(Petikan dari blog upahan UMNO: Mencarut, melucah, memakihamun adalah budaya hidup blogger UMNO upahan ini)

Akal adalah anugerah yang paling istimewa kepada makhluk bernama manusia. Tanpa akal manusia setaraf dengan binatang. Akal sepatutnya menjadi pendorong kepada manusia mencari kebenaran, malangnya akal fikiran bagi kumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka TMK (Tipu, Muhong, Kelentong?) tidak dimanfaatkan sebaiknya.


Manusia berakal lumrahnya berlawan hujah, tapi anehnya blogger upahan UMNO dari TMK ni membalas hujah lawan dengan mencarut, maki hamun, fitnah dan menyerang peribadi lawan tanpa merujuk kepada isu yang diperkatakan. Hampir kesemua posting yang mereka bawa wajib mengandungi unsur-unsur berikut, sama ada salah satu atau kesemuanya sekali:

1. Makihamun
2. Gelaran buruk
3. Mencarut/lucah
4. Bohong/fitnah
5. Serangan peribadi kpd orang yang berkata/menulis bukan terhadap isu yang diperkatakan


(Petikan dari blog UMNO: Bayangkan dalam tulisan yang seringkas ini terdapat 8 perkataan bodoh di samping perkataan bengap, tolol, bohong, penipu, mengheput dan lain-lain kata kesat)

Tok Non boleh memahami tujuan mereka berbuat demikian, senang saja nak bagi contoh. Katakan anda sedang bertengkar dengan seorang di khalayak ramai. Lawan anda itu akibat tidak mampu berlawan hujah lantas mencarut, memaki hamun, tiba-tiba melondeh seluarnya dan menunjukkan anunya. Apa yang akan anda buat ketika itu... sudah tentu kita akan melarikan diri, bukan sebab kalah. Dalam hati kita berkata, "Kalau aku tunggu jugak, bukan dia nak malu tapi aku yang malu.."

(Petikan blog UMNO: Semua orang lain bengap dan tidak tahu, tetapi hujah yang mereka kemukakan untuk menjawab tiada kena mengena dgn isu yang diperkatakan.  Main serkap jarang pulak tu menuduh mendakwa Kedah La Zul Yahya punya, tak betul langsung)

Maka begitulah ibaratnya dalam berhujah di medan maya. Kita sibuk melakukan kajiselidik, mengemukakan hujah berdasarkan angka dan fakta. Malangnya mereka 'menjawab' hujah kita entah apa-apa tak masuk langsung dengan isu yang dibincang dengan menambah makihamun dan mencarut supaya lepas tu kita pun malu nak jawab balik. Walaupun strategi itu nampak agak kebudak-budakan tetapi Tok Non percaya itulah strategi yang diajar oleh Yahudi APCO yang memberi latihan.

Gaya ini juga digunakan oleh hampir kesemua bloggger, facebooker dan twitter yang sealiran dengan mereka. Dari aspek positifnya (dari sudut politik) orang awam dapat menilai setakat mana tahap pemikiran dan hatibudi mereka. Orang boleh buat penilaian mudah saja terhadap golongan yang lidahnya tidak kering dari bahasa kesat, kotor dan fitnah. Dari aspek negatifnya, ia mendidik segolongan masyarakat (dari kalangan penyokong mereka juga) untuk mewujudkan masyarakat yang biadab serta tidak bertamadun.

(Serangan peribadi dan penghinaan keterlaluan adalah cara hidup mereka)

Semoga Allah memberi kesedaran kepada mereka dan menyelamatkan mereka dari kesesatan yang berterusan. Amiiiin ya Rabbalalamiin.


Warta Darul Aman

Arkib