Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, October 4, 2012

Baru buka mulut nampak bodoh, bila cakap confirmed bangang!!!



Petikan di atas adalah akaun FB rakan maya Kedah La yang menamakan dirinya 'Nuur Lida Ida'.. nama macam pompuan tapi yang sebenarnya pemiliknya adalah jantan yang menyamar. Biasela tuu sebahagian besar penyamar dari puak pahlawan cyber UMNO adalah jantan yang menyamar pompuan. NLI ini adalah anak buah suku sakat Azmy Awang Kelana Jaya yang bekerja full time dengan UMNO elaun tetap dan tak berpencen.



Setiap kali NLI ni 'buka' mulut nampak macam bodoh, bila dia mula 'bercakap' conpom bangang! (pinjam ayat seorang penceramah terkenal).

Isu yang dipost tu adalah mengenai cukai, katanya rakyat Malaysia yang bayar cukai cuma 1.7 juta orang. Tak tau mana dia dapat fakta tu, boleh jadi dia dapatkan dari LHDN iaitu jumlah pembayar cukai pendapatan sebanyak itu. Apa yang dia tak tau bahawa cukai pendapatan hanya satu komponen dari hasil negara... banyaaaak lagi cukai lain.

Antaranya cukai jalan, cukai kenderaan, tol (itu pun hasil negara jugak), cukai perkhidmatan dalam pelbagai bidang, cukai restoran francais... McDonald, KFC dll. Sebahagian besar barangan import dikenakan duti import kepada pengimport, pengimport bayar cukai kepada kerajaan jadi pengimport dah 'mark up' siap harga cukai yang dia bayar untuk ditanggung oleh pengguna. Contohnya barangan tekstile, pakaian yang kita beli tu secara automatik kita bayar cukai kepada kerajaan. Beli kereta, motorsikal, komputer, seluar dalam... semua bayar cukai secara tak langsung kepada kerajaan.

Jadi hanya orang yang tak berpakaian (telanjang bogel) 24 jam serta tak metekedarah apa-apa langsung saja hakikatnya adalah orang yang tak bayar cukai kepada kerajaan di negara ini. Dalam ertikata lain, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang tak bayar cukai kepada kerajaan!!! Segala cukai terkumpul itulah yang digunakan untuk uruskan negara termasuk duit rasuah yang disonglap oleh pemimpin BN serta duit itu jugalah yang digunakan sebagai rasuah PRU132 melalui saluran bajet 2013.

Tudianya nak jadi pengampu kerajaan sangat sampai terus bangang... aiyya Nur Lida Ida hang pi belajar balik masuk tadika Kemas dulu, baru mai jadi cyber trooper UMNO.


(Aittt jantan pun ada laki? Entah3 pengikut LGBT ke apa Nuur Lida nih)

Warta Darul Aman

Arkib