Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, October 7, 2012

Bapa saudara Sultan Terengganu masuk PAS, maka benarlah kata Tun M tinggai hak kurang cerdik dalam UMNO


 

Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS GANTI UMNO KALI KE-5 (PGU) di Jabi Setiu, Terengganu, dikejutkan apabila bapa saudara Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan TGNA dengan disaksikan oleh Datuk Seri Presiden PAS sendiri TGHA.

Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990-1995 mewakili Parti Semangat 46/Angkatan Perpaduan Ummah (APU)

Apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996, beliau telah kembali semula ke UMNO.

Sudah pasti kemasukkan beliau kedalam PAS akan menyemarakkan lagi peluang PAS/PR merampas kembali Terengganu dari tangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti... INS'Y ALLAH....

Lagi Menteri Besar Terengganu lemparkan kata-kata fitnah jahat kononnya PAS, Parti Ajaran Sesat, lagi ramai rakyat mohon berhijrah..Bukannya dari kalangan rakyat biasa tetapi termasuk pembesar negeri...TAKBIR!!!!!!!

Warta Darul Aman

Arkib