Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, October 14, 2012

Apa khabag Kedah?


 
CATATAN TOK SENAPI...

"Macam mana Kedah, boleh pertahan lagi ka?"
Itu soalan popular yang Tok terima setiap kali jumpa kawan lama, di mana-mana. Maksudnya tentulah pertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jawapan Tok bagi pun popular jugak, "InsyaAllah."

Iyalah, menurun atau menaikkan sesebuah kerajaan bukan kerja manusia tapi hak mutlak Allah SWT. Naik atau turun kuasa pula bukan kerana zalim atau adil sesebuah kerajaan itu. Kalau Allah tetapkan yang naik adalah yang baik dan adil saja, tentulah aman damai dunia ni tanpa peperangan. Rejim Zionis yang tak pernah kata baik itu pun tak pernah kalah-kalah, Palestine yang baik dan beriman pula yang tertindas. Allah SWT tahu apa yang Dia tetapkan.
Jadi kalau ada orang ukur Kedah berdasarkan laporan media yang 99 peratus dikuasai BN, nampak macam nak tumbang maka eloklah kita tengok pengalaman Kelantan sejak menang PRU 1990. Kalau tengok laporan media menjelang PRU 1995, 1999, 2008, 2008 memang nampak PAS Kelantan bukan setakat kalah tapi hilang deposit. Ayat popular yang diulang-ulang ialah 'rakyat sudah sedar', 'rakyat sudah serik', 'sudah nampak arus perubahan'... tapi hakikatnya semua ayat ciptaan media BN untuk hanya mampu menipu diri sendiri.

Isu yang panas di Kedah sekarang ini ialah isu 'Ahli Majlis VS Datuk Rasli'. Puncanya yang TS faham ialah kerana  Datuk SUK ni buat keputusan pelantikan Yang DiPertua majlis kerajaan tempatan berlawanan dengan kehendak pihak berkuasa negeri. Ikut suka dia nak tukar orang sana sini tanpa pemakluman atau pengesahan pihak berkuasa negeri (Mesyuarat Exco) mengikut Akta 171. Walhal SUK hanya berkuasa atas pelantikan Pegawai Daerah serta seluruh kakitangan awam kerajaan negeri Kedah, bukan YDP majlis.

Bagi Kedah La, TS serahkan isu ni kepada Enggang Qadha yang kebetulan adalah ahli majlis daerah. TS pun dah tua, tak mampu nak ambik tau semua perkara. Biar masing-masing orang melakukan kerja masing-masing. Macam SUK jugak... hang jaga DO cukuplah, toksah dok kalut atur YDP majlis. Mana-mana YDP majlis yang ditetapkan oleh mesyuarat Exco hang buat surat lantikan cukuplah toksah dok bantah. Pasai tak mau ikut keputusan Exco macam kes di Kubang Pasu-Kuala Muda, itu yang bercempera.

Apabila kita kerja makan gaji kita kena ikut majikan atau boss. Boss buat keputusan kena ikut. Boss SUK ialah MB dan Exco yang memimpin kerajaan Kedah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Kalau rasa tak mampu nak ikut boss sila letak jawatan bukan payah.
Tok berdoa semoga isu ini selesai dengan baik secepat mungkin dengan campurtangan dari Yang DiPertuan Agong...InsyaAllah. Sebab maklumat yang Tok dengar di hujung telinga isu ini cuba disembunyi dari sampai ke pengetahuan baginda. Maka sebab tu lah ahli-ahli majlis Daerah buat protes bagi gah sikit nak suruh masuk TV, biar Agong tahu dan panggil pihak terbabit beri penjelasan.

Nasihat Tok buatlah sebaiknya untuk kebaikan rakyat Kedah keseluruhannya. Wassalam.

Warta Darul Aman

Arkib