Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, October 24, 2012

Angkara BN dulu, kerajaan negeri akan disaman syarikat Qatar RM22 juta!!! Cepat Tang Keng Liang pi report polissss...

Sebuah syarikat dari Qatar akan saman kerajaan negeri RM22 juta


Oleh : SARINA ISMAIL
(Warta Darul Aman)

ALOR SETAR - Sebuah syarikat besar dari Qatar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM22 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang media yang diadakan selepas majlis penyerahan lembu korban yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.

Menurutnya, kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat di Qatar untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan namun mereka tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan.

Beliau menambah lagi, kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan dahulu terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri sekarang.

“Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka meminta gantirugi sebanyak RM22 juta kerana tidak amanah dalam perjanjian,” ujarnya.



Warta Darul Aman

Arkib