Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, October 13, 2012

Adakah SPRM pun metekedarah rasuah? Awat buang kes UMNO Sabah terima 'duit haram'? Jawab jangan tak jawab...

 






BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?

Kuala Lumpur: “Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.


Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

“Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.

“Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN,” katanya.

Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.

“Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.

Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD


Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong
 
Petaling Jaya: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur. “Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah. Bankrap negara “Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu? CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang. Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu. “Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN,” jelas CheguBard. Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik. “Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. “Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara,” ujar beliau. -FMT

Warta Darul Aman

Arkib