Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 1, 2012

0.9 km jalan RM14.9 juta? Gila babi punya pemimpin Be End metekedarah duit rakyat

 


 
Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9 km menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

Warta Darul Aman

Arkib