Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, September 19, 2012

Wahai pemimpin UMNO berkenaan, berhentilah mengganggu orang lain atau anda senasib dengan Shahrizat Jalil



Oleh: Kedah La

Laporan polis di atas adalah satu dari berapa banyak laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang diri dan keluarganya diganggu. Wanita tersebut bukan ahli politik yang perlu dijatuhkan, begitu juga suami dan ahli-ahli keluarga terdekat bukan ahli politik. Dia cuma suri rumah yang tidak fasal-fasal hari-hari terpaksa berendam air mata angkara kalbu kotor dan busuk seorang pemimpin UMNO Kedah cuba mengkucarkacirkan rumahtangga orang.

Bagi Kedah La ini adalah isu tanggungjawab social lebih mengatasi isu politik sebab jika isu ini mahu dipolitikkan maka biar kami menunggu sehingga Parlimen dibubarkan untuk melancarkan serangan maut terhadap isu besar ini. Namun tanggungjawab social kami ialah biarlah perkara tersebut diselesaikan dengan baik lantaran ia melibatkan maruah banyak pihak. Maruah pihak yang diganggu serta keluarganya, serta pihak yang mengganggu pun ada maruah... betul tak?

Kedah La berbeza dengan blogger UMNO yang sentiasa menjadikan isu peribadi serta isu ‘dalam kelambu’ sebagai bahan politik. Kedah La ada Islam untuk diamalkan, lantas lebih berminat kepada isu penyelewengan dan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara – untuk dibela. Tapi jika pemimpin tersebut terus melampau dan kami berijtihad bahawa harus menyerang menggunakan ‘peluru’ itu, maka ketika itu membujur lalu melintang patah!

Ingatlah wahai pemimpin UMNO berkenaan, sekali isu ini telah masuk kekocek pihak lawan politik anda maka anda tak akan menang dalam perlawanan ini. Anda akan kalah kalau mahu terus berlawan. Sehebat-hebat Rahim Tamby Chik dan Shahrizat Jalil pun boleh tumbang bila isu sudah berada di tangan pembangkang. Jika maklumat kejahatan anda disebarkan, beratus penceramah Pakatan akan bercakap isu yang sama di atas pentas, berjuta penyokong Pakatan akan berperanan di media maya untuk menyebarkan maklumat. Masa itu anda hanya akan ‘selamat’ jika mampu masuk ke lubang cacing!

Ingat, di atas muka bumi yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT... ia lebih berkuasa dari bomoh Siam dekat Perlis tu. Allah SWT lebih lebih hebat perancangannya dari telur kemurok yang dibaling ke pintu rumah mangsa atau segala permainan jahat yang dibuat.

Kedah La tidak main-main dengan isu ini. Kami ada semua laporan polis, semua catatan sms dari telefon bimbit yang sangat jelas adalah milik orang itu. Kami ada bukti foto, video rakaman CCTV kenderaan dan orang yang mengirim pelbagai perkara ke pintu rumah. Ini bukan gempak kelin, ini bukan lawak bodo, ini bukan cobaan – ini serius.

Ada sapa orang UMNO Kedah yang jadi musuh politik pemimpin ni nak ‘tolong cabar’ untuk kami dedahkan satu persatu??? Tak perlu buat masa ini... Kedah La bila tahu sama ada ia menjadi keperluan kami untuk mendedah atau tidak atau bila masa yang sesuai. Kami tak terjerat dengan kemelut dalaman UMNO untuk menjatuhkan rakan sendiri. Kalau kami mahu menembak biar yang jatuhnya UMNO dan Be End.

Akhir kalam Kedah La membuat nasihat yang tulus dan ikhlas kepada pemimpin UMNO Kedah itu, hentikan permainan jahat anda dan BERHENTI TERUS dari mengkucarkacirkan rumah tangga orang, jaga diri anda, suami dan rumahtangga anda sendiri. Hentikan dendam kesumat anda hingga setakat ini sahaja... selepas itu anda bebas untuk bertanding PRU13 nanti di mana kerusi yang anda suka. Boleh???


(Nota: Kedah La masih mengklasifikasikan isu ini sebagai isu peribadi dan kami hanya melakukan tanggungjawab social. Setakat ini kami tidak mahu melibatkan politik kepartian dalam isu ini, hanya menyebut UMNO sekadar keperluan dan menyebut status ‘pemimpin UMNO’ untuk menyedarkan orang itu bahawa kami tahu anda dan isu anda telah didaftarkan dalam fail kami.)





Warta Darul Aman

Arkib