Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, September 8, 2012

UMNO semakin menggigil menjelang kepupusannya dalam PRU13

Kata nie negara 'demokrasi' yang dok halang orang bergerak dan kempen tu apa kejadahnya..!!




Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

"Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

"Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka," dakwanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Warta Darul Aman

Arkib