Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 25, 2012

UMNO membisu bukti rela MCA hina Islam

Oleh: Kelah Times


Akhirnya setelah empat hari dihentam golongan tidak faham berhubung komen yang bertanya, perlukah umat Islam membuang masa dan tenaga yang banyak membantah filem "Innocence of Muslims" dalam laman Twitternya, Ngeh Koo Ham pun meminta maaf pada Khamis lalu. Demikian kemuliaan hati budi seorang pemimpin DAP dari Pakatan Rakyat. Walhal pemimpin MCA Chua Soi Lek yang menganggap cubaan melaksanakan hudud sebagai gila enggan memohon maaf walaupun dikecam hebat oleh umat Islam seluruh dunia.

“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” kata Pengerusi DAP Perak itu dalam kenyataan satu perenggannya.

Persoalannya mengapa pelakon filem lucah Soi Lek tidak mampub untuk memohon maaf dan mdan langsung tidak rasa bersalah atas keterlanjuran kata-katanya tersebut.

Alangkah ceteknya pengetahuan Soi Lek mengenai Islam yang sudah menjadi rakyat negara ini dan bercampur gaul dengan masyarakat berbilang kaum lebih daripada setengah abad hidupnya?

Adakah selama beliau berada di bumi Malaysia ini tidak terlintas langsung untuk menyelami perasaan serta memahami latar belakang bangsa lain dari segi budaya dan agama selain sifat kecinaan dan agama kafir dianuti.

Lebih daripada itu, komen beliau telah menyingkap kepada rakyat sikap sebenar pemimpin-pemimpin MCA yang tidak boleh mengikis sentimen perkauman yang tebal walaupun cuba menutupnya seboleh mungkin.

Malangnya sungguhpun MCA cuba menjadi harum di mata orang Melayu untuk menutup bau perkaumannya namun bak kata peribahasa Melayu, mulut bau madu, pantat bawa sengat.

Sesekala tersembur juga kalimat-kalimat yang mencerminkan nilai anti-Islam, anti- Melayu yang tersirat di lubuk hati pemimpin MCA seperti Soi Lek.
UMNO ketika parti itu mendabik dada dan berlagak sombong dan bongkak bahawa rakyat kini menyokongnya. Lebih parah lagi ia berlaku semasa musim Pilihan Raya Umum ke 13 sudah hampir.

Pemimpin UMNO berdiam diri dan tidak menempelak Soi Lek atas kenyataan beliau itu walaupun seorang.

Kalau dahulu MCA bersikap anti-Melayu dan Islam tetapi kini bertambah lagi bukti bahawa tidak ada perubahan langsung dalam pendiriannya, malah ia bermuka-muka berbaik dengan orang Melayu.

Mengapa begitu kerasnya hati UMNO untuk menerima hakikat ini?

Warta Darul Aman

Arkib