Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 4, 2012

Time gambaq Menteri Besaq kena kencin oleh Puak Setan awat pulak polis tak kalut siasat?

Jangan siasat gambaq PM saja, gambag MB dikencing pun siasatlah sama!



Kenyataan media oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Alor Setar isu gambar pemimpin dibiadapi.
1.      Isu gambar Perdana Menteri dipijak telah mendapat liputan meluas oleh media dan perhatian oleh pihak polis apabila siasatan telah dimulakan terhadap isu tersebut. Pemuda PAS Alor Setar merasakan perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan kerana boleh mencetuskan suasana ketidaktenteraman di kalangan masyarakat di negara ini.
2.      Bagaimanapun Pemuda PAS Alor Setar merasa pelik mengapa hanya apabila gambar Perdana Menteri dipijak, isu tersebut diperbesarkan tetapi sewaktu gambar Menteri Besar Kelantan (YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (YAB Lim Guan Eng) dikencing, isu tersebut tidak difokuskan oleh media serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
3.      Menteri Besar dan Ketua Menteri juga adalah pemimpin kerajaan negeri, seperti juga Perdana Menteri merupakan pemimpin kerajaan Pusat; justeru mereka mesti dihormati. Mereka dipilih oleh rakyat dan mendapat perkenan Sultan atau Yang DiPertuan Agong. Melakukan perbuatan biadap terhadap gambar ketua kerajaan samalah seperti tidak menghormati rakyat serta derhaka kepada raja-raja.
4.      Pemuda PAS Alor Setar mendesak supaya tindakan biadap terhadap pemimpin-pemimpin utama kerajaan ini dilakukan secara menyeluruh (Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri) dan tidak terhad kepada Perdana Menteri semata-mata.
5.      Dalam gambar ini juga kelihatan YB Datuk Seri Abd Hadi Awang (Presiden PAS) dan YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP) juga dikencing. Perkara ini juga perlu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis kerana mereka adalah pemimpin dua buah parti politik utama dalam negara yang mempunyai ramai ahli, justeru perbuatan biadap yang dilakukan seolah-olah satu provokasi untuk mencetuskan huru hara.
Sekian, Terima Kasih.
MOHD AZAM BIN AWANG
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Alor Setar
4 September 2012

Warta Darul Aman

Arkib