Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, September 16, 2012

Tahniah YB Dr. Ismail, tambah pendekatan baru ke arah Kedah Sejahtera Tanpa Dadah


Pemadam Kedah guna pendekatan terbaik basmi dadah



Alor Setar - Kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa orang artis yang sudah berhijrah berjaya mengundang kehadiran puluhan ribu penduduk sekitar negeri ini ke Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadan Negeri Kedah yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman.Gaya Ustaz Azhar yang menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah dan arak secara bersahaja dengan dibantu oleh pelakon Bob Lokman, Hairie Othman serta penyanyi Ali XPDC begitu menarik perhatian oarang ramai yang majoritinya terdiri dari anak-anak muda.
 
Karnival tiga hari anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah yang bertemakan 'Sejahtera Tanpa Dadah' itu diisi dengan pelbagai program antaranya larian, pertandingan futsal, bola jaring, memasak (wanita), boria (sekolah rendah), dikir barat (sekolah menengah), mewarna kanak-kanak-kanak, pertunjukan para motor dan lain-lain. Di samping itu sepanjang tiga hari juga diadakan exco jualan oleh para peniaga dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan, GLC dan NGO.
 
Program berlansung pada 14-16 September dijangka akan dilakukan perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak pada petang 16 September jam 5 petang.



Acara kemuncak di malam terakhir ialah majlis Forum Perdana bertajuk 'Membina Generasi Unggul Tanpa Dadah'. Ahli-ahli panel terdiri dari Dato' Sheikh Badaruddin Haji Ahmad (Mufti Kedah), YB Dr. Ismail Salleh (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Ustazah Nazrah Yusof.

Menurut Pengerusi Pemadam Negeri Kedah, YB Dr. Ismail Salleh program besar seperti ini yang mengundang penglibatan banyak pihak adalah julung kali diadakan oleh Pemadan negeri ini. Ia menunjukkan kesungguhan Pemadam, kerajaan Negeri serta pihak terbabit untuk membasmi dadah secara serius dan berterusan.

 
 
(Sumber: Warta Darul Aman)
 

Warta Darul Aman

Arkib