Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, September 7, 2012

Tahniah polis serbu pusat judi BN!!!

PANASS !!! PUSAT JUDI HARAM YANG DIRESTUI BN KEDAH DI SERBU POLIS





ALOR SETAR - Sebanyak 59 set komputer dan 38 mesin simulator yang dirampas pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan di sebuah bangunan berhampiran Lebuh Raya Darul Aman.

Jurucakap polis berkata, serbuan pada jam 3 petang melibatkan 12 anggota dan dua pegawai.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat orang awam berhubung kegiatan perjudian di kawasan berkenaan.

“Sewaktu serbuan, terdapat 14 pelanggan sedang leka bermain mesin itu manakala dua wanita berusia 18 tahun dan 30- an adalah penjaga premis berkenaan.

“Mesin simulator dan set komputer itu dirampas kerana pemiliknya melanggar syarat lesen apabila hanya mempunyai lesen simulator dan snuker,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan berjumlah RM367,000 dan kes disiasat mengikut Enakmen Hiburan Negeri Kedah.

Warta Darul Aman

Arkib