Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, September 12, 2012

'Rasulullah mahu Anwar jadi PM' pulak dahhh.. nak bohong pun agak-agaklah

Oleh: Enggang Qadha

Sejak Tun Mahathir mengumumkan bahawa yang dimaksudkannya Syaitan Dikenali itu ialah BN, Syaitan Dikenali lebih baik dari Malaikat Tidak Dikenali dan Malaikat pun ada buat salah... nampaknya otak para pengikutnya pun makin bercelaru haru biru.

Terbaru tersebar rakaman audio kononnya Khatib PAS baca khutbah bahawa 'Rasulullah SAW menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.' Setelah diteliti akan rakaman itu dan membaca laporan blog tersebut ada beberapa penipuan dan kesangsian yang wujud:

1. 'Khatib' itu langsung tidak menyebut bahawa  'Rasulullah SAW menyokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia' bahkan perkataan 'Perdana Menteri pun' tidak disebut.

2. Kononnya itu 'khatib PAS' tapi tak dinyatakan nama khatib tersebut, foto wajah, nombor keahlian PAS, cawangan mana, apa status dalam PAS pemegang jawatan atau ahli biasa? Nak buat tuduhan semberono macam tu sapa pun boleh.

3. Ia cuma rakaman audio. Tak mustahil kalau depa sendiri yang buat rakaman tu untuk burukkan pihak lawan depa. Orang yang merakam tu kalau wujud kena bertanggungjawab... bukan hanya tersiar dalam blog yang tidak diketahui akan tuannya.

Apapun isu berbangkit mudah saja bagi rakyat Malaysia nak menilai benar atau tidak sesuatu berita yang tersiar yang dikaitkan Pakatan iaitu...

Apa saja cerita negatif mengenai Pakatan yang mai dari media BN semuanya BOHONG!!!

Warta Darul Aman

Arkib