Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, September 10, 2012

Rahsia besar!!! Mengapa Ustaz Nasha tidak dipecat...?



Oleh: Enggang Qadha

Puas media-media pecacai Be End menunggu untuk mendapat keputusan, apakah jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap Nasharudin Mat Isa. Kalau tak dipecat pun sekurang-kurangnya digantung keahlian atau disingkirkan dari menjadi jawatankuasa Majlis Syura ulamak.

Malangnya bukan setakat media-media pecacai itu kecewa, puak-puak syaitan pun menangis berlagu-lagu kerana usaha mereka untuk memecahbelah PAS dari dalam tidak menjadi. Putuslah modai depa untuk menipu rakyat jelata kononnya 'Nasha diambil tindakan kerana lawan DAP'.

Soalan yang menarik untuk diketahui ialah: Mengapa Ustaz Nasha tak diambil tindakan? Maka Presiden PAS pun menjawab dalam bentuk soalan:

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata DS Abdul hadi Awang.
Memang tak ada apa-apa masalah pun! Dia jumpa Najib bukan berdosa besaq. Dia hentam Karpal Singh cuma pandangan peribadi dia, padanlaa sekali sekala kena tibai juga Karpal yang suka dok cakap merapu mengenai hudud macam UMNO jugak. Habih tu nak ambil tindakan dekat Ustaz Nasha pasai apa? Tudia, UMNO pun terduduk takleh nak kata apa..


(Berita Harakahdaily)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.



Warta Darul Aman

Arkib