Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, September 1, 2012

Puak Setan edar komik politik.. tapi konon kata himpunan Merdeka Bukit Jalil bukan politik





Pengedaran komik oleh Puak Setan pada himpunan Hari Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.

Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.

Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.

Satu daripadanya komik berkenaan menggambarkan seorang isteri memarahi suaminya kerana mahu menggunakan duit RM100 daripada bantuan persekolahan anak mereka untuk "belanja pasar".

Dalam komik propaganda tersebut, suami wanita itu digambarkan ingin berbuat demikian kerana tiada duit kerana terlalu "asyik melangut depan pentas ceramah".

Satu lagi komik menunjukkan seorang lelaki marah-marah kerana tidak boleh lagi 'buat demo dan hasut orang' selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Kedua-dua watak lelaki itu digambarkan berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau serta sentiasa buruk sangka terhadap inisiatif kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Karikatur yang digambarkan dengan watak sama turut dipaparkan lebih daripada lima kali dalam komik itu yang diedarkan secara percuma.

Reka huruf "Janji Ditepati" dengan latar belakang tompokan cat air warna-warni yang biasa digunakan dalam bahan kempen BN pula digunakan untuk menghiasi muka hadapan komik itu.

Pada muka surat 12 komik itu pula seorang bapa digambarkan menadah tangan ke langit seperti berdoa tetapi mengucapkan terima kasih kepada PM dan bersyukur kerana keluarganya mempunyai langsir baru untuk hari raya yang dibeli daripada Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib