Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, September 21, 2012

PRU13: Biar Najib ikut Pakatan pula

21 Sep 2012

Umno telah menetapkakan Persidangan Agung Umno 27 November hingga 1 Disember 2012.

Kemungkinan besar PRU mungkin tahun hadapan walau pun angin bertiup kencang tarikh PRU 13 dalam bulan November. Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno terpaksa berbuat demikian apabila Selangor telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan kerajaan Pusat. Sekarang biar Najib pula ikut tarikh Pakatan Rakyat.

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor satu tindakan yang bijak, untuk mengajar pemimpin Umno seperti Najib yang cuba hendak bermain teka teki dengan rakyat mengenai tarikh pilihanraya. Semua rakyat tahu Najib bimbang hendak bubar Parlimen kerana tidak yakin boleh menang dan masalah dalaman Umno seperti berebut hendak jadi calon, sabotaj calon. Ini menyebabkan tarikh pilihanraya masih tidak ditemui lagi.

Najib juga sedar bahawa Selangor adalah idaman beliau, kebetulan beliau sendiri Pengerusi Perhubungan Umno. Apa cara sekali pun Selangor mesti ditawan oleh BN di dalam PRU akan datang. Sebab itu BN tidak berapa ambil kisah negeri-negeri PR yang lain.

Memerintah Selangor sama seperti memerintah Malaysia, kerana Selangor menyumbang hampir 21 peratus kepada kerajaan pusat.

Apabila Selangor jatuh ke tangan PR, segala teori yang di uar-uarkan BN sahaja boleh mentadbir tertolak. Selangor telah buktikan simpanan meningkat daripada RM400 juta (2008) kepada RM1900 juta walaupun banyak wang dihabiskan untuk program merakyatkan ekonomi.

Warta Darul Aman

Arkib