Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, September 21, 2012

Perang besar UMNO Bahagian Pokok Sena

Oleh Mat Kering Bakaq Bata

Lama tak jenguk kawan2 lama dalam UMNO Bahagian Pokok Sena. Pagi tadi sempat minum di sebuah kedai catok kat pekan Langgar yang kini tak semeriah dulu lagi sejak wujud highway yang melencong di luar pekan tu.

Desas desusnya UMNO Pokok Sena kembali bergolak kini apabila nama ketua bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin tak tersenarai untuk mana-mana kerusi. Dia dok aim Bukit Lada, tiba-tiba nama Datuk Ariffin Man yang jadi top list. Man Sudin harap mokalau tak lekat Bukit Lada bagilah Parlimen Pokok Sena tup tup nama Datuk Dr. Mashitah yang naik. Jadi hijau macam incridible Hulk orang tua tu... "Hang baru masuk politik berapa hari, jadi payung terjun nak mai kacau tempat orang..cehh". Bukan setakat Mat Sudin saja tak senang, Haris Che Mat pun yang dok pulun sakan untuk kerusi Bukit Lada keciwa tiada terkata..

Maka.. macam dok katalah, PRU13 nanti 'salam terkalih' akan bergerak kencang lagi di Pokok Sena, khususnya DUN Bukit Lada. La la ni pun ayat mengugut kalau si anu si anu jadi calon sudah tersebar merata tempat. .

MK saja menduga soalan maut untuk rakan UMNO tadi, "Mat Sudin dulu dah kena gantung buat kerja sabotaj, takkan dia berani buat lagi?" Jawab rakan MK, "Kalau UMNO Pusat nak bertindak tegas terhadap pemimpin bawah yang sabotaj calon sendiri dalam PRU... UMNO akan hilang lebih separuh dari pemimpin UMNO bahagian seluruh negara.".

Teruk sungguh rupanya penyakit dalaman UMNO nii. Patutlah Najib tak berani nak bubar Parlimen..

Warta Darul Aman

Arkib