Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, September 17, 2012

Membongkar strategi UMNO: Jadikan Melayu 'BPT' untuk UMNO terus berkuasa!

Umat Melayu Islam sebagai teras politik dalam negara kita ini, semakin hari semakin lemah jati diri mereka kerana lemah kefahaman Islamnya, apabila tidak menjadikan Islam agama yang memerintah dan tidak mampu menunjukkan model Islam kepada masyarakat majmuk.

Maka PAS wajib menyelamatkan negara dan penganut Islam yang hilang punca dan membetulkan fahaman yang salah ini.

Di masa yang sama, UMNO sekadar mengekalkan kuasa mereka dan bukan memartabatkan Melayu dengan Islam, kerana Melayu UMNO tetap menyokong BN walaupun di kawasan PAS bertanding menentang calon MCA dan MIC, sebaliknya semakin ramai bukan Melayu dan bukan Islam yang komited mengundi calon PAS yang menentang calon MCA dan MIC dari Barisan Nasional.


Hakikatnya UMNO telah menjadikan penyokong Melayu Islam buta dan pekak dengan politik wang, media dan hiburan yang melalai dan membodohkan mereka.

Petikan ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Muktamar PAS ke 57

- (Jadikan Melayu BPT...B-Buta, P-Pekak, B-Bodoh.. itulah strategi yang digunakan UMNO)

Warta Darul Aman

Arkib