Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, September 17, 2012

Mai tengok gambar ini... adakah ini ajaran Syaitan Dikenali terhadap para penganutnya, menghina Sunnah rasulullah SAW!!!

Berikut ini adalah imej yang dipetik dari laman sosial milik seorang penyokong UMNO menggunakan nama 'Idham Bin Zulkifli'.





(Petikan dari kitab ulamak terdahulu)

Rasulullah s.a.w telah menyuruh umatnya menjilat jari-jari dan pinggan sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.” (HR. Muslim)

Sebab itulah menghirup menghabiskan sisa makanan, menjilat jari, bahkan menjilat pinggan sekalipun adalah merupakan sunnah Rasulullah SAW, justeru ia adalah sunnah Rasulullah SAW maka setiap sunnah baginda haram untuk dipersendakan. Tidak mahu melakukannya bukanlah satu kesalahan kerana kedudukannya cuma sunat tetapi menghina perbuatan sunat adalah berdosa besar!

Perbuatan menjilat jari dan menghirup sisa makanan mungkin jarang ditemui hari ini tetapi bagi ulamak besar terdahulu, bahkan datuk nenek kita yang kuat pegangan agamanya dahulu tidak silu untuk mengamalkannya.

Maka amatlah biadab jika sunnah Rasulullah SAW ini dipersenda begitu rupa dengan 'gambaran seekor babi'. Membandingkan perbuatan Tok Guru Nik Abdul Aziz Aziz dengan seekor babi susah keterlaluan, tapi isunya di sini bukan kerana orang itu Tok Guru, kalau yang menghirup itu orang biasa sekalipun yang mahu menghidupkan sunnah maka amat biadab untuk membandingkannya dengan seekor babi.

Adakah ini kesan ajaran Saitan Dikenali terhadap para pengganutnya... menghina sesiapa saja termasuk sunnah Rasulullah SAW?





Warta Darul Aman

Arkib