Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 11, 2012

Keistimewaan pemimpin UMNO yang tak ada kat pemimpin PR...

Oleh : PUTERI BULAN



Hulamak..terkedu Puteri tengok Abg Jib dan Kak Semah berjoget...sebelum ni..Puteri dengar cerita dari orang lain saja...tapi bila Puteri berpeluang menonton video mereka dok berjoget...( ala-ala Malaysia Timur..gitu-gitu) sempena Rumah Terbuka Abg Jib...haa...maka hati sanubari Puteri pun mengiyakan apa yang Puteri dok dengaq selama ni....

Hebat betul Pak Menteri kita tu...menghayun langkah bagaikan penari professional...hahahhaha....tapi itulah kebolehan pemimpin UMNO yang tidak dapat ditandingi oleh pemimpin Pakatan Rakyat...terutama pemimpin PAS.

Bila Puteri tengok video tu...ada 2 persoalan yang bermain-main diminda Puteri...

1. Adakah Pak Menteri kita berasa sangat gembira...kerana semua yang telah dirancangkan berjalan dengan baik dan lancar. Sumbangan BRIM..TRIM..KRIM...dan entah apa-apa lagi sudah mencapai sasaran dan maka amat tepat sekali pilihanraya umum ke-13 diumumkan sekarang atau bila-bila masa dari sekarang.
Bukan sahaja Pak Menteri kelihatan sangat gembira tapi itu haaa.....isteri solehah..Ibu Menteri juga...all out sungguh....

2. Atau pun Pak Menteri sebenarnya 'lepas tension'...kerana dah banyak duit dihabiskan tapi imej Abg Jib dan UMNO/BN tetap tak berubah...rakyat semakin muak dan meluat pada UMNO/BN. Sampaikan ada yang sanggup..lanyak gambar Abg Jib...pijak dan sebagainya....sehinggakan memaksa Abg Jib mengarahkan polis siasat dan menahan siapa yg melakukannya....

heheheh..nak tergelak Puteri....masa Tok Det dulu...dia nak berkelahi dengan budak PASTI...ni Abg Jib nak berkelahi dengan budak-budak remaja pulak....hehehehheeh...dah habis agaknya orang dewasa dia nak buat  lawan....

Abg Jib frust sebab segala perancangannya agar Pakatan Rakyat dibenci rakyat tak menjadi.....gambarkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai perhimpunan ganas...kantoi...bila rakyat tau yang dok buat honaq tu semuanya polis....cuba dok pelaga pemimpin DAP dan PAS pun kecundang...bila dalam dok-dok pelaga tu..ramai pimpinan BN masuk Pakatan Rakyat...atris-artis hat UMNO dok bela pun dah ramai ubah haluan...sanggup berceramah atas pentas PAS...

Amat terhimpit sekali..bila Abg Jib punyalah bela orang-orang Felda...tup-tup keluaq kenyataan FELDA melabur dalam saham judi....ish...orang-orang FELDA tentu marah...tak mau la duit depa terlibat dengan benda haram...

Sejak kebelakangan nie...geng-geng UMNO pun meroyan sampai tak sangka-sangka....baling kasut dalam masjid....Ustaz Nasharuddin Mat Isa tak dipecat keahlian pun depa susah hati....spin cerita macam-macam...takut dengan bayang-bayang ..demam tak kebah....timbul pula...Pakatan Rakyat nak tukar bendera Malaysia....hahahhaha..Puteri nak tergelak...awatnya kalau nak tukar bendera...berdosa ka? boleh jadi sesat ka...boleh jadi murtad ka...?

Yang dok berlambak tukaq agama..pi jadi Hindu, Budha..Kristian...awat hampa tak susah hati...ni pasai tukaq bendera pun hampa dah meroyan....walhalnya tukaq bendera tu kecik sangat bagi Pakatan Rakyat...yang lebih besar lagi...PAKATAN RAKYAT NAK TUKAR KERAJAAN....

______________________________________________________________________________

Tapi apa pun bagi Puteri....kalau hampa-hampa semua berkesempatan tengok video Abg Jib ngan Kak Semah berjoget....hampa perhatilah...tu lah model pimpinan no satu....tu lah isteri pimpinan no satu...sepatutnya sebagai pemimpin no satu....kenalah tunjuk akhlak terbaik kepada rakyat.......jangan mulut cakap Islam..tapi hati kapal selam...

Sayangkan anak tangan-tangankan...sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..sayangkan UMNO/BN nyah-nyahkan.....

Warta Darul Aman

Arkib