Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, September 19, 2012

Kedah La 'nasihat' Kedah Times bersabar


Oleh SAIBURI SUDIN

Sedih juga bila SS terbaca luahan hati rakan blogger dari penyokong 'Syaitan Tidak Dikenali' (jangan marah sebab cuma pinjam kata Tun Mahathir) yang keciwa kerana dikutuk blogger yang sifikrah dengan mereka.

Walaupun SS dan Kedah Times ni tidak sehaluan tapi atas dasar simpati maka SS nasihatkan Kedah Times bersabar sajalah. Memang tak patut sungguh para blogger dan pahlawan maya yang mendapat pengiktirafan dari pihak atasan tu sentiasa memandang rendah blogger yang satu wadah perjuangan.

Yang SS tolong sedih bukan apa, puak yang yang hentam tu buat kerja di alam maya ni bukan percuma, dapat elaun RM2000 sebulan, boleh claim untuk urusan penyelidikan (penyelidikan tak kucin apa tak taulah), ada insentif untuk jumlah hit bulanan dan macam-macam lagilah. Manakala blog selain dari puak tu.. buat kerja percuma masuk angin, keluaq asap. yang dapat cuma kena kutuk, maki dan yang paling best ialah sumpah seranah dan doa dari pihak yang difitnah. Silap haribulan makbul doa tu jahanam..



Lagi yang SS kesian dekat KT serta lain-lain bloggers UMNO tidak berbayar ni ialah kerja memfitnah, mengadu domba, mencerca, menghina (eg. menuduh pihak lain sebagai anjing, babi, keldai), memaki hamun lawan termasuk memaki ulamak dan mufti adalah kerja yang sangat besar risikonya. Iayalah risiko berdosa besar jika tuannya tidak mengampun, silap-silap terjun dalam kawah isok2 ni (waliyazubillah) hanya kerana tu sedangkan masa kat dunia secubit duniawi pun tak dapat.

SS nasihatkan KT bersabarlah banyak-banyak dan jangan putus asa kecewa buat kerja mengadu domba dan memfitnah. Tak dapat balasan dunia tak apa... 'ganjaran' akhirat dok tunggu nu, itu pun kalau teringin la nak dudok sekali dengan Firaun, Qarun, Namrud dll.

Warta Darul Aman

Arkib