Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 25, 2012

Isu 'baling kasut ke dalam masjid' berjaya jahanamkan sokongan untuk Be End Kedah

Carta di atas adalah petikan dari kajian yang dibuat oleh UMCEDEL mengenai sokongan politik rakyat Kedah. Berdasarkan psikologi, seseorang cenderung untuk berkata 'parti mana yang diyakini akan menang' berdasarkan sokongannya terhadap parti tersebut.


Kajian yang dijalankan pada bulan April 2012 hanya 32 peratus sokongan untuk PR tetapi pada September 2012 (terbaru) sokongan melonjak kepada 48 peratus.

Manakala bagi BN, daripada 40 peratus sokongan bulan April merudum kepada hanya 32 peratus pada bulan September. Kedah La cuba mencari jawapan, isu apakah yang paling panas di Kedah yang diperkatakan sepanjang kajian dibuat itu (1-16 September) maka semua bersetuju bahawa tak lain tak bukan isu itu ialah peristiwa 'Serangan dan baling kasut terhadap Masjid Pumpong'. Rakyat sangat marah terhadap kebiadapan yang dilakukan itu. Maka sokongan terhadap BN pun merudum teruk.

Suka juga diingat bahawa kajian yang dibuat ini berdasarkan sokongan terhadap parti semata-mata. Selepas nama calon diumumkan esok, maka sokongan untuk BN akan merudum berlipat kali ganda apabila kumpulan pihak yang tidak tercalon akan sabotaj rakan separti.

Atas hujah itulah Kedah La sangat yakin INSYA'ALLAH PAS dan PR akan terus berkuasa di Kedah PRU13 nanti.

Warta Darul Aman

Arkib