Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 25, 2012

Jangan terkejut kalau filem Anwar palsu dengan China Doll part II akan muncul selepas filem bodoh 'krisis air' ini...

Puak Setan Dikenali akan guna apa saja cara untuk memburukkan Pakatan. Macam-macam filem lakonan akan muncul, jangan pelik kalau lepas ini akan muncul pula filem Anwar dengan China Doll part II. Semuanya jadi tak mustahil apabila syaitan menguasai manusia dan fitnah menjadi makanan ruji mereka. Mereka sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa lalu melakukan apa saja tanpa perhitungan halal haram.


(Para pelakon yang terlibat dalam pergambaran filem masalah air)


PETALING JAYA: Kantoi....itulah yang boleh dikatakan kepada apa yang dikatakan perancangan BN untuk memalukan kerajaan negeri Selangor melalui filem 'krisis air' yang sedang dalam pergambaran.

Pelbagai pihak yang melihat berita dan video bagaimana penduduk sebuah pangsapuri dikecohkan sejak beberapa hari lalu dengan pergambaran mereka.

Lebih 50 pelakun digunakan untuk menggambarkan suasana kecoh kerana ketiadaan air di kawasan itu.

Ia selaras dengan drama yang cuba dipentaskan oleh BN untuk menggambarkan inilah yang bakal berlaku jika Pakatan Rakyat terus memerintah Selangor.

Padahal, secara realitinya, tidak ada sebarang masalah yang berlaku di negeri Selangor sekarang bahkan semua rakyat Selangor mendapat air percuma untuk 20 meter padu pertama.

"Puak-puak BN ni dia masih kebelakang 10 tahun....sekarang bukan cam zaman dulu lagi dah zaman IT oi! Apa ko rancang sebelum ko siar kat tv lagi dah kantoi seluruh Malaysia dah tau ha ha ha," tulis seorang pembaca, Abdul Rupar Abdul Wahab, terhadap terhadap video yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Pembaca juga kesal dengan pelakun yang terlibat dalam pembikinan filem yang tidak betul ini.

"Jangan kerana RM50 kita jual maruah kita pada pihak yang tak bertanggungjawap....," tulis Michael Wong.

Selain pembaca, penduduk pangsapuri berkenaan adalah pihak yang paling kesal dengan apa yang berlaku.

Melalui pergambaran filem yang dikatakan dalam bentuk iklan ini, kedamaian penduduk pangsapuri ini terganggu sejak 5 pagi lagi apabila krew-krew pergambaran mula membuat bising di kawasan mereka.

"Sejak 5 pagi, mereka sudah ganggu tidur penduduk di sini,"kata seorang penduduk pangsapuri itu.

Penduduk di sini juga terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan itu kerana tempat letak kereta mereka digunakan untuk pergambaran berskala besar ini.

Hanya sekeping nota diletakkan untuk memohon maaf kepada penduduk tentang pergambaran ini.







Warta Darul Aman

Arkib