Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 18, 2012

Dadah dan ayaq ketum kena dibenci sejak dari kecil


Tanam sikap benci dadah sejak dari kecil


 Oleh: MUSLIM ABDUL RAZAK
ALOR SETAR – Gejala dadah yang kian merunsing di negara ini akan dapat diatasi jika setiap keluarga di negara ini kembali kepada ajaran agama masing-masing dan berusaha memperbetulkan sahsiah anak-anak yang dilahirkan.

Exco Badan-Badan Kukan Kerajaan (NGO), Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi, YB Dr Ismail Salleh berkata,  masalah dadah di negara ini bukan lagi masalah baru kerana sejak tahun 2003 lagi kerajaan telah berusaha menangani masalah dadah secara habis-habisan. Kerajaan juga telah mengisytiharkan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu di negara ini.
Beliau berkata demkian semasa berucap bagi menggantikan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam majlis penutup Karnival Gaya Hidup Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Stadium Darul Aman.
“Masalah ini bukan semakin menurun tetapi semakin meningkat maka kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama PEMADAM telah menganjurkan program ini.

“Kita juga ingin menanam sifat benci dadah ini sejak dari kecil lagi, maka kita mengumpulkan ramai anak muda dan kanak-kanak dalam program ini untuk beri mesej dadah,” ujarnya.
Ulasnya lagi, cara untuk mencegah gejala tidak sihat ini adalah tidak lain tidak bukan iaitu masyarakat perlu kembali kepada ajaran agama masing-masing.
Selain itu, ianya juga adalah berpunca daripada rumah tangga. Oleh itu, ibu bapa perlu membentuk sahsiah anak-anak dalam rumah tangga mereka dan jika ini dilakukan maka bukan masalah dadah sahaja dapat diatasi tetapi masalah lain juga akan dapat diatasi.
 “Masalah ini bukanlah masalah individu kerana ianya merupakan salah satu gejala sosial dalam negara kita. Gejala ini amat berbahaya kerana ianya akan meyebabkan si penagih akan ketagihan selama-lamanya walaupun sudah behenti.
“Jika setiap keluarga berusaha untuk mengatasi masalah ini maka sudah tentu masalah ini tidak akan terjadi,” katanya.
Turut hadir, ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa yang juga selaku Bendahari Pemadam Negeri Kedah.
Sementara itu, pemenang pertandingan futsal terbuka (lelaki), johan dimenangi oleh Kumpulan Taman Budiman, naib johan dimenangi oleh Kumpulan Ewah-Ewah dan tempat ke tiga dimenangi oleh Kumpulan Aroy.
Manakala, bagi pertandingan bola jaring (wanita) pula, johan dimenagi oleh kumpulan Freedom B, naib johan dimenangi oleh Kumpulan Freedom A dan Kumpulan Puspanita mendapat tempat ke tiga.
Tempat pertama bagi pertandingan futsal dan bola jaring membawa pulang RM700, tempat ke dua (RM500) dan tempat ke tiga (RM300).
Bagi pemenang keseluruhan sukan kategori di antara PEMADAM pula ianya dimenangi oleh PEMADAM Kota Setar dan mereka membawa pulang piala pusingan.
Semasa majlis penyampaian hadiah berlangsung hadirin diserikan dengan persembahan para motor dan demonstrasi anjing pengesan ganja.
Acara kemuncak di malam terakhir itu adalah majlis Forum Perdana bertajuk 'Membina Generasi Unggul Tanpa Dadah'. Ahli-ahli panel terdiri dari Dato' Sheikh Badaruddin Haji Ahmad (Mufti Kedah), YB Dr. Ismail Salleh (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Ustazah Nazrah Yusof.


 

Warta Darul Aman

Arkib