Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, September 20, 2012

Cybertrooper BN dapat elaun RM2000 seghengiang siang malam taboq fitnah... kekayaan Taib Mahmud RM46 billion paklong!!!!


Dengan berbekalkan elaun RM2000 sebulan puak cybertrooper Be End pulun hangit siang malam lawan Pakatan, reka fitnah macam-macam... macamlah buleh RM2000 tu kaya sangat dah. Rupa-rupanya pemimpin atasan depa dok ghebiah duit rakyat sampai berbillion-billion ('bilion' tu kena sebut lunak sikit bagi bunyi macam Tan Seri Kadiaq sebut). Contohnya Ketua Menteri Sawarak ni...



Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.





Warta Darul Aman

Arkib