Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, September 2, 2012

BN tiru sekatan politik ala Zionis Israel terhadap Israel dalam hadapi Pakatan?




KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bimbang dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyeru BN mengadakan "sekatan politik" untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan kenyataan "sekatan politik" itu amat berbahaya kerana ia mempunyai pengertian yang luas dan akan membabitkan semua jentera kerajaan untuk menyekat kebangkitan rakyat.

"Sekatan politik (kenyataan) jauh lebih berbahaya daripada hanya sekatan biasa oleh polis. Kenyataan itu melampau, berniat jahat dan tidak demokratik. Apatah lagi keluar daripada mulut perdana menteri yang sedang berkuasa.

"Mereka boleh melakukan dan menggerakkan apa saja dan arahan kepada mana-mana institusi kerajaaan temasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, bukan terhadap polis semata-mata. Ops lalang 1987 juga adalah sekatan politik yang pernah dilakukan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya semalam dilaporkan berkata, BN tidak akan mengadakan sekatan polis sebaliknya mahu mengadakan sekatan politik kerana mendakwa Pakatan rakyat tidak layak berada di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Aiman berkata, sekatan politik yang akan dilakukan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk fitnah kepada Pakatan Rakyat dan menghasut rakyat agar membenci Pakatan.

"Sekatan politik boleh saja bermakna tindakan adu domba ke atas rakyat jelata atas kepentingan ideologi politik kepartian yang sempit. Pada masa BN dan perdana menteri mengatakan bahwa PR meniupkan api perpecahan dan merosakkan perpaduan, pada masa itulah sebenarnya merekalah juara kepada ibu segala permusuhan," tegasnya.

Malah katanya, kerajaan BN ketika ini sudah pun melakukan sekatan terhadap negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan seperti penafian hak royalti petroleum terhadap rakyat Kelantan.

"Justeru kenyataan ini jelas membuktikan Najib tidak punya hasrat memulangkan hak royalti Kelantan misalnya, Najib tak jujur berubah dan mendengar denyut hati rakyat tapi akan memerintah negara ini dengan ruh autokrasi yang jauh lebih buruk berbanding yang sebelum.

Aiman juga berkata, DMPP sedang mempertimbang untuk membuat aduan polis berhubung kenyataan yang disifatkan berbau kebencian itu.

Warta Darul Aman

Arkib