Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, September 18, 2012

Bila hanya 'A' dalam mata pelajaran menjadi buruan., maka......

Oleh : Puteri Bulan


Kemana nilai kemanusian....kenapa sifat kebinatangan yang menjadi amalan...salah siapa..mungkin ramai yang menuding jari pada gadis berkenaan...hingga sanggup mengandung anak luar nikah dan lepas tu sanggup membunuhnya secara yang amat kejam...

Mungkin terpaksa...terdesak...kemana anak itu harus disorokkan....kalau dibiarkan hidup tentu membawa malu..bukan sahaja pada diri sendiri malah lebih besar kepada ibu bapa dan kaum keluarga...

Malu bercampur takut...bersama hasutan syaitan..yang sememangnya inginkan anak Adam terus rosak..terheret dan terseret ke lembah kehinaan...

Masyarakat terus menghentam..siibu yang membuang bayi itu tetapi kenapa masyarakat tidak meneliti apakah punca terjadikan tindakan sedemikian.....hanya manusia yang kurang pertimbangan, tidak waras malah jauh dari pegangan agama sahaja yang sanggup melakukan tindakan bodoh sedemikian...

Tetapi perlu kita terjah dan lihat..sedalam-dalamnya...sistem perundangan di negara kita yang dicintai ini...adakah ianya menjurus kepada mengelak perkara sedemikian terjadi...

Bermula dengan pendidikan...sistem pendidikan yang hanya mengejar A dalam pencapaian mata pelajaran tetapi lupa mengejar A dalam pencapaian akhlak dan moral. Pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran pelengkap bukan pelajaran utama...penekanan kecintaan kepada Allah serta takutkan Allah tidak ditekankan...amat malang sekali..sehingga mencapai tingkatan 5..ramai dikalangan para pelajar yang tidak boleh mengucap dengan betul ...malah jauh sekali mendirikan solat.....walhalnya mereka merupakan pelajar pintar yang berupaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Hasil pendidikan yang tidak meletakkan Islam sebagai asas maka terhasilkan produk pendidikan yang hanya mementingkan duniawi semata-mata. Tidak hairanlah kalau mereka ini tidak takut melawan Islam...tidak gentar melanggar perintah Allah, tidak segan silu melakukan maksiat.

Ditambah dengan sistem undang-undang di Malaysia yang menolak terus perundangan Islam maka tidak hairanlah perbuatan-perbuatan mungkar tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Apa nak dihairankan...pergaualan bebas...masalah sosial...di mana penyelesaiannya..adakah dengan mewujudkan sekolah penyayang...maka perkara seumpama itu akan hilang...tamat dan lenyap. Dari awal lagi..percampuran lelaki perempuan dibiarkan bebas...kononnya kerana kemodenan dan mengikut arus zaman. video seks...buku-buku seks...novel cinta...majalah-majalah yang memaparkan kehidupan bebas,,,mudah didapati...

Islam tidak diambil sebagai cara hidup..jauh sekali sebagai undang-undang yang bukan hanya menggerunkan manusia malah ianya lebih bersifat mendidik manusia...maka bila Islam dinyahkan...tak hairanlah akan timbul pelbagai kerosakan...manusia bersikap dan berhati binatang...

Berbalik kepada gadis berkenaan....kalau dia dirogol..apakah punca berlakunya perbuatan itu...lihatlah semua...sekarang ini..golongan wanita..tidak kira sudah berkahwin atau belum...tanpa segan silu berpakaian seksi...mendedahkan aurat..kalau berpakaian pun..ketat mengikut tubuh badan...artis-artis perempuan juga tidak kurang berperanan dalam hal ini...dengan gaya menggoda mempamerkan diri mereka di media arus perdana...mereka menjadi idola dan ikutan...perkara sedemikian secara tidak langsung menggamit jiwa-jiwa yang tidak tenang..bergelora nafsu sarakah...perlu diingat bukan perempuan yang dilihat menjadi mangsa tetapi siapa saja yang sempat akan dirembat..kadang-kadang kanak-kanak di bawah umur menjadi sasaran.

Mangsa tetap mangsa..yang rela tidak kurangnya....akibatnya,,,menutup malu....anak dibuang..katanya menanggung beban..

Selagi Islam tidak dijulang...selagi islam dikesampingkan...perkara sedemikian tidak akan selesai....siapa lagi yang mampu mendidik jiwa manusia...siapa??? tentunyalah Sang PenciptaNya...cuma amat malang sekali.....
golongan manusia yang diberi mandat memerintah Malaysia...masih sombong..masih bongkak..dan masih degil mengakurinya......

Warta Darul Aman

Arkib