Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, August 28, 2012

UMNO sembunyikan suspek penjenayah?





Diburu Kerana Menipu : Najib sorok bakal menantu di Malaysia....hebatkan...!!!

Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.
Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.
Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.
Sebelum ini Keadilan Daily melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson.
Walaupun kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak membuat sebarang penafian.

Daniyar mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, pernah menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).
Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa mempersoal kehadiran individu yang dikaitkan dengan jenayah antarabangsa yang bergerak bebas di negara ini.
“Ia menimbulkan kontroversi bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah antarabangsa seperti itu boleh bergerak bebas dalam negara, malahan di kediaman Perdana Menteri,” kata Fariz yang juga Koordinator Jingga 13. — with Orenji Ren Oren and 49 others.


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib