Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, August 22, 2012

UMNO pun Soi Lek tundukkan, takkan MCA Kedah berani lawan dasar partinya yg anti Islam






Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.

Chong mendakwa, dalam temubual telefon dengan harian berbahasa Melayu tersebut, isu mengenai undang-undang hudud tidak dibangkitkan langsung.

"Mereka tidak pernah menyentuh tentang hudud, tidak dibangkit. Saya amat kecewa dengan laporan mereka," katanya ketika dihubungi.

Chong berkata beliau hanya memberi respon kepada cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya PAS bergabung dengan Umno di bawah BN.

Katanya, kenyataan beliau sangat jelas, iaitu mana-mana parti politik yang mahu menyertai BN memerlukan kelulusan kepimpinan tertinggi BN dan mereka mesti mematuhi perlembagaan BN dan semua kriteria yang ditetapkan oleh BN.

Beliau mengulangi bahawa partinya, termasuk di Kedah, menentang keras undang-undang hudud.

"Selama ini, saya mengeluarkan begitu banyak kenyataan bahawa kami menentang pelaksanaan undang-undang hudud di Kedah.

"Saya menentang keras undang-undang hudud dan saya mengikuti pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - iaitu menentang undang-undang hudud," katanya.



Warta Darul Aman

Arkib