Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, August 24, 2012

'Nyawa' UMNO ialah fitnah, kalau depa berhenti fitnah lama dah agaknya mampoih

Fitnah UMNO untuk lagakan PKR dan DAP




GEORGE TOWN, 24 OGOS: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman hari ini menafikan laporan bahawa beliau menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai ‘angkuh’ dan ‘sombong’ seperti yang difitnahkan oleh blog pro-UMNO.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Mansor menyifatkan laporan Malaysiakini yang bersumberkan blog UMNO tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Laporan tersebut memetik laman blog pro-UMNO, Gelagat Anwar; bahawa kononnya Mansor telah berkata demikian di dalam sebuah mesyuarat strategi PKR.

“Saya ingin tegaskan bahawa tidak ada mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan. Apa yang didakwa sebagai mesyuarat strategi cuma satu perjumpaan dengan ahli-ahli PKR dengan saya sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri,” kata beliau.

Menurutnya, laporan negatif tersebut tidak lain bertujuan merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik di antara PKR dan DAP khususnya di Pulau Pinang, apalagi dengan bahang pilihanraya umum yang semakin hampir.

“Tidak ada minit mesyuarat pun seperti yang dilaporkan,” ujarnya tanpa menolak kemungkinan bahawa perbualan beliau telah dirakam dan kemudiannya diputar-belit oleh pihak-pihak tertentu.

“Apapun, ia tidak akan menjejaskan jalinan kerjasama yang baik antara DAP dan tidak akan merosakkan hubungan baik antara beliau dan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana saya sememangnya kagum dengan kesungguhan dan kerja keras beliau dalam usaha membawa kemajuan dalam negeri ini dan kebajikan serta kesejahteraan kehidupan rakyat negeri Pulau Pinang,” tambah beliau lagi.

“Saya yakin, kerjasama baik antara PKR, PAS dan DAP akan terus diperkukuhkan dan jalinan antara saya dan Ketua Menteri Lim Guan Eng akan lebih menjadi akrab dan saya berdoa terhadap Allah s.w.t agar memberi perlindungan dan kekuatan kepada kami bagi meneruskan perjungan demi rakyat.” kata beliau sebelum sessi bergambar dan bersalam-salaman bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, termasuk Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow. -Roketkini.com


- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib