Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, August 30, 2012

Tudia laa dok buat perangai setan lagi suka fitnah, Utusex Meloya diarah bayar gantirugi pada Nizar





Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman malu yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan beliau untuk memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

Sementara itu, satu lagi samannya berhubung kes sama ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata Mohd Zamri lagi.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib