Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, August 26, 2012

Manusia pertama ke bulan meninggal dunia




Angkasawan Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan telah meninggal dunia, seminggu selepas pembedahan jantung, dan sehari selepas ulang tahun usianya yang ke-82.

Menurut kenyataan ahli keluarganya, beliau telah meninggal dunia pada jam 2:45 pm hari Sabtu kerana mengalami komplikasi hasil daripada pembedahan jantungnya itu.

Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong berjaya mendarat di bulan dengan kenderaan udara kecil yang telah dihantar ke bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Ucapannya yang terkenal ialah:

'Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.'

Pada November tahun lepas Armstrong bersama-sama dengan tiga angkasawan lain telah menerima Pingat Emas Kongres, anugerah umum tertinggi Amerika Syarikat.



- Posted using BlogPress from my iPad

Warta Darul Aman

Arkib